Ahad, Jun 26, 2011

Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Putatan Baru.

Tungku : Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tungku YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said berkata, sambutan Pesta Kaamatan yang diadakan setiap tahun bagi mengeratkan lagi pelbagai suku kaum di negeri Sabah dengan menyatukanpadukan semua rakyat bertepatan dengan konsep 1 Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Pesta Kaamatan peringkat kampung Putatan Baru di sini baru-baru ini.
Suhaili
Katanya lagi, walaupun sambutan pesta Kaamatan hanya disambut oleh suku kaum Kadazan, Dusun dan Murut tetapi dengan kehadiran pelbagai bangsa termasuk Cina dan India menunjukkan bahawa keharmonian telah wujud sekian lama dan kita haruslah mempertahankannya demi perpaduan rakyat Malaysia.

Saya lihat penglibatan dan kehadiran mereka ini harulah dicontohi malah menjadikan sebagai inspirasi untuk kita bersatu padu dalam membangunkan Negara, ujarnya.

Tanpa perpaduan kita tidak akan harmoni dan bersatu. Oleh itu, Suhaili mengharapkan agar penduduk di kampung Putatan Baru ini, mengekalkannya untuk kita sama-sama berganding bahu dalam menterjemahkan konsep 1 Malaysia tanpa mengira fahaman agama dan bangsa seseorang itu.

Tambahnya lagi, bersatunya penduduk di kawasan Dam Road ini memberikan satu impak sokongan kepada Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang.
SIMBOLIK...Suhaili memukul gong sebagai tanda perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Kg. Putatan Baru
Dengan barisan pimpinan diperingkat kampung pada hari ini, saya percaya penduduk dapat memberikan kerjasama bagi mengurus dan mentadbir kampung agar lebih maju lagi.
Silvester Gombis
Terdahulu Silvester Gombis ketua kampung Putatan Baru berkata, penduduk kampung diharapkan sentiasa bekerjasama demi mengwujudkan keharmonian dan kesejahteraan penduduk.

Kerjasama amat penting untuk kita membawa pembangunan di kampung Putatan Baru ini. Bayangkanlah kalau kita tidak bersatu, sudah tentu akan memberi imej yang tidak baik kepada luar.
Apatah lagi, jika tidak dibendung dari awal akan menyebabkan permusuhan dan menggambarkan bahawa penduduk di kampung Putatan baru tidak bersatu padu.

Dalam ucapanya, Silvester berharap agar YB Suhaili dicalonkan semula sebagai calon sama ada di Ahli Dewan Undangan Negeri atau di Parlimen. Ini adalah kerana jika beliau tidak dicalonkan maka akan merugikan parti dan kerajaan. Sudah pasti, rakyat akan melihat perkara ini secara lebih mendalam kerana mereka tidak mahu dipimpin oleh pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa mahu membangunkan kawasan.

Konsep turun padang Suhaili haruslah dicontoi oleh pemimpin lain kerana beliau adalah seorang pemimpin yang serba boleh dan senang didampingi oleh pelbagai masyarakat di Silam.

Saya menyatakan pendirian ini bukanlah semata untuk kepentingan diri sendiri saya, tetapi atas dasar kepentingan Barisan Nasional dan rakyat bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang.

Richard Bongot
Menurut En. Richard Bongot, Ahli Jawatan Kuasa JKKK Kampung Putatan Baru berkata, sambutan Pesta Kaamatan kali ini adalah amat unit kerana kepelbagaian suku kaum yang hadir memeriahkan majlis diluar jangkaan pihak penganjur.

Kita berharap agar ianya diteruskan bagi mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan penduduk kampung dengan kehadiran mereka ini.

Kami sungguh terharu dengan kehadiran YB Datuk Suhaili merasmikan sambutan Pesta Kaamatan pada tahun ini walaupun beliau mempunyai tugas-tugas seharian yang padat, Namun demi ingin bertemu dengan penduduk Suhaili sanggup datang dan beramah mesra dengan penduduk bagi mendengar permasalahan yang mereka hadapi.

Dengan pelbagai pembangunan yang dibawa oleh Suhaili ke kampung Putatan baru ini, rakyat di kawasan ini dapat menikmati kemudahan dan seterusnya memberi keselesaaan di kalangan penduduk kampung.

Persembahan kebudayaan anak-anak muda kampung Putatan Baru
Inilah pemimpin yang kita mahukan. Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan direalisasikan oleh beliau dalam bentuk turun padang menyelesaikan pelbagai masalah penduduk kampung.

Sambutan Pesta Kaamatan tahun ini, pelbagai persembahan dari anak-anak muda penduduk dengan tarian semazau dan sambut tamu dipersembahkan.

Turut hadir ialah Ketua Anak Negeri kawasan Tungku Mukmin Haji Anghai, Pegawai Kemajuan Masyarakat Tungku Kamarudin Haji Hamid dan Pemaju Mukim Silabukan Abd Hadji Asari.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.