Rabu, Jun 22, 2011

Felda adalah satu contoh transformasi kearah kesejahteraan rakyat

Felda Sahabat : Amalan turun padang yang sering dilakukan oleh YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili di kawasan Tungku tidak hanya tertumpu kepada kawasan kampung tradisional sahaja, tetapi amalan ini terus d laksanakan di kawasan peneroka Felda, walaupun pelbagai kemudahan yang mereka terima sejak menjadi peneroka sejak hampir 20 tahun dulu.

PRIHATIN... Suhaili seorang wakil rakyat yang berjiwa rakyat mendampingi rakyat tanpa mengira fahaman agama dan politik
Ini adalah kerana, pendekatan beliau terhadap rakyat di kawasan Tungku berjaya menyelami pelbagai masalah rakyat termasuklah melibatkan agensi-agensi kerajaan seperti masalah penduduk yang tidak memiliki pengenalan diri ( Jabatan Pendaftaran Negara ), bantuan kebajikan ‘ Orang Kelainan Upaya ’ OKU, Ibu Tunggal ( Jabatan Kebajikan ) dan sebagainya.

SIMBOLIK... Suhaili mengacau bubur lambuk sambildiperhatikan oleh Mohd Fazil sebagai tanpa perasmian program tersebut
Bertepatan dengan program sepetang bersama pemimpin anjuran Unit Serenta Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Felda Wilayah Sahabat pada selasa, yang disempurnakan oleh YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tungku di dewan Semai Bakti Desa Kencana.

Suhaili
Dalam ucapannya, Suhaili berkata, program ini adalah satu program yang memberi manfaat terus kepada peneroka-peneroka di Felda Desa Kencana kerana dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan rakyat dan pemimpin.

Ujar beliau, apabila Felda mengadakan program yang melibatkan rakyat dan pemimpin, mereka hendaklah menghadirinya kerana mereka tidak rugi bahkan dapat mengetahui pelbagai informasi dari kerajaan dan pemimpin dan seterusnya meningkatkan semangat perpaduan.

Menurut seorang peneroka di Desa Kencana En. Mohamad Sabarol ketika menghubungi editor blogger adun49tungku, setiap program yang Felda adakan, kita semua akan berusaha sedaya mungkin untuk hadir bagi menjayakannya. Beliau juga mengambil kesempatan menyatakan pendirian, jika rakyat Tungku tidak menerima Suhaili sebagai wakil rakyat di kawasan Tungku sudah tentu beliau tidak memenangi dua piliharaya umum sejak tahun 2004 dan 2008 dengan majoriti yang selesa.

Turun padang menyelami masalah rakyat
Beliau juga tidak pernah melobi untuk dipilih sebagai calon pada setiap pilihanraya, tetapi rakyat di kawasan Tungku mahukan beliau terus dikekalkan sebagai calon memandangkan Suhaili adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan senang didampingi.

Mendengar masalah rakyat dan menyelesaikan adalah agenda utama Suhaili dalam mentadbir dan memajukan Tungku
Bahkan tiada lagi pemimpin yang boleh menandingi kepimpinan beliau di Tungku yang berhemah dan mempunyai komitmen tinggi membangunkan Tungku seiringi dengan daerah-daerah lain di negeri Sabah, katanya lagi.

Suhaili mudah didampingi oleh sesiapa sahaja bagi mendengar permasalahan yang mereka hadapi
Mohammad menjawab persoalan tersebut apabila ada pihak mempertikai kewibawaan Suhaili sebagai wakil rakyat dan seterusnya mengelakkan kekeliruan dikalangan rakyat Tungku.

Suhaili menyampaikan hamper sumbangan peribadi beliau sendiri kepada salah seorang penerima di Desa Kencana
Percayalah, siapa pun yang menjadi wakil rakyat di Tungku ini, kita hendaklah menyokongnya demi kekuatan Barisan Nasional dan memenangi piliharaya yang akan datang, katanya lagi.

Mohd Fazil
Manakala En Mohd Fazil Mohd Ali, Penolong Pengarah Unit Seranta Jabatan Perdana Menteri berkata program sepetang bersama pemimpin bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim di antara rakyat dan pemimpin agar keharmonian dan perpaduan dapat ditingkatkan dan dikekalkan.

Katanya lagi, wakil-wakil rakyat yang menghargai Felda dan prihatin membela warga Felda akan terus dijemput merasmikan setiap program yang dianjurkan oleh Unit Serenta Jabatan Perdana Menteri. Manakala wakil-wakil rakyat yang menghina dan memburuk-burukan pengurusan Felda tidak akan diberi pertimbangan.

Ini adalah kerana, jika kita bertindak sedemikian, dikhuatiri akan memberi kesan kepada kepimpinan Felda dan seterusnya kepada kerajaan.

Suhaili merakamkan gambar kenang-kenangan bersama Penolong Pengarah Unit Serenta JPM dan Pegawai Wilayah Sahabat 
Tambahnya lagi, demi menjaga hubungan silaturrahim dikalangan rakyat yang sedia terjalin, maka Unit Serenta Jabatan Perdana Menteri mengambil satu inisiatif untuk mempereratkan lagi hubungan tersebut melalui Program ‘ Sepetang bersama Pemimpin ’ di mana wakil rakyat akan dijemput dan bertemu dan rakyat ( Peneroka ) di kawasan tersebut.

Antara pengisian dalam program tersebut ialah bergotong-royong menyediakan bubur lambo, pendaftaraan pengundi muda, program jejak aspirasi dan ‘walkabout ’.

TAHNIAH... Suhaili menyampaikan kepada salah seorang pemenang reka bentuk Gubahan
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada pengurusan Felda Wilayah Sahabat kerana memberi kerjasama sepenuhnya dengan Unit Serenta bagi mengadakan aktiviti-aktiviti dan program seperti ini.

Jarlina Ibrahim
Sementara itu, Pegawai Pembangunan Komuniti Wilayah Sahabat Puan Jarlina Ibrahim mewakili Pengurus Besar Felda Wilayah Sahabat berkata, pihak pengurusan Felda Sahabat akan sentiasa memberi kerjasama dalam setiap aktiviti khususnya dalam memperkasakan komitmen masyarakat di rancangan Felda.

Harapan beliau, agar warga Felda ( Peneroka ) memberi kerjasama sepenuhnya dalam penglibatan program-program anjuran Felda, Unit Serenta dan Kerajaan.

Dalam program‘ Walkabout ’ di desa kencana seramai 9 orang menerima hamper yang disumbangkan sendiri oleh YB Datuk Mohd Suhaili Haji Said yang terdiri Orang kelainan Upaya ( OKU ), Ibu Tunggal dan pengidap penyakit kronik.

Suhaili sendiri yang datang ke rumah mereka dan seterusnya mendengar segala permasalahan yang mereka hadapi.

Komitmen Suhaili menghadirkan diri bagi program-program kemasyarakatan bukti Suhaili mendahulukan rakyat pencapaian diutamakan
Turut mengiringi beliau ialah En. Fazil Mohd Ali Penolong Pengarah Unit Serenta Jabatan Perdana Menteri, Ketua Daerah Tungku OKK Abdillah Hamzah, Pengurus-Pengurus rancangan Sahabat 3 dan 4 serta pegawai pejabat wilayah Sahabat.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.