Selasa, Jun 21, 2011

Pertahankan Kemerdekaan demi kesejahteraan dan keharmonian Negara

Tungku : Hayati dan amalkan lagu “ Sabah Tanah Airku ” demi keharmonian dan kesejahteraan rakyat khususnya Negara Malaysia kata Suhaili ketika menyempurnakan program Sepakat 1 Malaysia peringkat daerah Lahad Datu di perkarangan pusat perniagaan Anjung Teduh, Felda Sahabat.

SUHAILI
“ Bayangkanlah kalau Negara kita dinaungi oleh penjajah, kita tidak akan dapat memajukan Negara kita sendiri kerana segala pembangunan akan disekat dan dikawal oleh penjajah. Jesteru itu, beliau mengajak rakyat bersama-sama berganding bahu mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi selama ini ”.

Katanya lagi, kita juga haruslah melahirkan kesyukuran kepada kerajaan Barisan Nasional yang telah membawa pembangunan yang amat komited dengan pelbagai pembangunan yang pesat membawa kepada kesejahteraan rakyat khususnya.

Katanya juga, program ini adalah amat penting bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai aktiviti-aktiviti dan pembangunan yang sedang dijalankan oleh kerajaan.

Suhaili yang juga Ahli Lembaga Pengarah Felda berkata, sejak Felda bertapak lebih 20 tahun di Sabah, banyak pembangunan yang telah dilaksanakan seperti pembinaan Projek MESEJ di kampung Nala dan pembaikan rumah-rumah daif di kawasan Silam.

HORMAT...Suhaili dan Zulkefle berdiri menyanyikan lagi Kebangsaan ' Negaraku ' dan Sabah Tanah Air Ku '
Suhaili merakamkan rasa syukur kerana transformasi kerajaan pada hari ini amat releven dan mencapai matlamat untuk mendahulukan rakyat, pencapaian diutamakan. Bahkan menjamin kesejahteraan rakyat tanpa mengira fahaman agama, politik dan bangsa.

Turut hadir Ketua Daerah Tungku OKK Abdillah Hamzah dan Pengurus Sahabat 2 En. Yusof Ismail
Asasnya ialah dengan perpaduan barulah kita boleh mempertahankan keamanan Negara, ujarnya lagi.

Antara objektif program tersebut ialah :

1. Menyampaikan dasar-dasar kerajaan melalui ceramah
2. Memupuk semangat silaturahim dan perpaduan dikalangan pemimpin ahli Komuniti satu Malaysia dan masyarakat
3. Memberikan perkhidmatan mengenai fungsi dan kemudahan daripada agensi-agensi yang terlibat pada masyarakat
4. Membentuk satu masyarakat melalui program ini melalui 1 Malaysia.

Antara artis-artis tempatan yang memeriahkan program tersebut
Pelbagai persembahan dalam program tersebut seperti artis-artis dari tempatan dan Vokalis kumpulan Anwis serta persembahan sekesta lakunan ‘ Insaf ’ yang dilakunkan oleh artis-artis tempatan Sabah.

Vokalis kumpulan Anwis
Hadir sama Pengawai Penerangan bahagian Tawau MOhd Ariffin Nordin mewakili pengarah penerangan Sabah, Pegawai Daerah Lahad Datu, En. Haji Zulkefli Hj Nasir, Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin dan Pegawai Penerangan Daerah Lahad Datu En. Juslie Bacle.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.