Isnin, Jun 13, 2011

Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab

Tungku : Adalah menjadi tanggungjawab kepada semua pemimpin di semua lapisan masyarakat untuk menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan demi untuk memartabatkan perjuangan mempertahankan kemerdekaan, agama dan bangsa serta trasformasi yang telah diilhamkan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak Perdana Menteri Malaysia.
Ini adalah penting, bagi pemimpin menjalankan pelbagai aktiviti seperti program keagamaan dan kemasyarakatan, kata Suhaili ketika merasmikan penutupan kursus Fardhu Ain, Fardhu Kifayah dan Pengurusan Wasiat anjuran Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah Daerah Tungku pada 13hb. Jun 2011 di Felda Residence Sahabat.
Antara peserta yang hadir ialah Ketua Daerah, Ketua-Ketua Anak Negeri, Wakil-Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua-Ketua Kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri N49 Tungku.
Tambah Suhaili lagi, program ini penting bagi memberi pendedahan kepada ketua-ketua masyarakat mengenai urus tadbir agama dan wasiat di kampung dibawa jagaan masing-masing.
Sebagai pemimpin wajiblah memiliki ilmu bagi persediaan menghadapi pelbagai cabaran di masa akan datang. Tanpa ilmu kita tidak akan dapat menyaingi dan berhadapan dengan cabaran dunia tanpa sempadan hari ini.
Dengan pelbagai program yang dilaksanakan oleh kerajaan, maka ianya dapat melibatkan pelbagai suku kaum dan sebagai pengiktirafan kepada semua suku kaum termasuk kaum cina dan India.
Suhaili juga berkata, perpaduan amat penting dipupuk di kalangan masyarakat demi untuk kesejahteraan rakyat dan Negara.
Tanpa mengira bangsa dan fahaman agama, bukannya menjadi satu halangan untuk kita mentadbir Negara khususnya kawasan di Tungku ini kerana dengan konsep 1 Malaysia akan memberi inspirasi dan matlamat untuk menyatu padukan rakyat, ujar lagi.
Datuk Haji Awang Sharin Alimin
Sementara itu, Pengarah Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Haji Awang Sharin Alimin pelbagai program diwujudkan bagi memberi pendedahan kepada pemimpin-pemimpin masyarakat agar matlamat dan sasaran kerajaan dapat disampaikan dengan lebih berkesan lagi.
Katanya lagi, bidang hal-ehwal anak negeri adalah amat penting di dalam sesebuah negeri bagi memberi perkhidmatan dan nasihat mengenai hal-ehwal kemasyarakatan, penyelesaian isu tanah dan sebagainya.
Bukannya hanya terletak kepada tanggungjawab ketua-ketua masyarakat dalam menyelesaikan pelbagai masalah di kawasan masing-masing, tetapi masyarakat juga haruslah memberi kerjasama kepada pemimpin agar muafakat dapat diwujudkan dan seterusnya keharmonian dapat dikekalkan.
Datuk Haji Awang Sahrin Alimin berkata secara tidak langsung program ini akan dapat melengkapkan pemimpin-pemimpin masyarakat di peringkat kampung dengan ilmu keagamaan dan dapat membantu imam-imam rawatib menguruskan hal-ehwal agama seterusnya melancarkan serta memantapkan khidmat di setiap kampung.
Pengisian dalam program tersebut ialah ceramah fardhu ain dan fardu kifayah yang disampaikan oleh Ustaz Abu Hurairah Ema dan ceramah pengurusan Wasihat disampaikan oleh En. Usman Hamid Pengurus Kanan Wilayah Sabah dan Sarawak Amanah Raya Berhad ( ARB ).
Merakamkan gambar kenang-kenangan bersama Pengarah MHEANS
Turut hadir pada kursus tersebut ialah Penolong Pengawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Haji Abd Hakim mewakili Pegawai Daerah Lahad Datu En. Zulkefle Haji Nasir, Haji Hamid Mat Pegawai Khas Pegerusi Amanah Raya Berhad Kuala Lumpur dan Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.