Rabu, Jun 15, 2011

Majlis Penerangan PERKEMAS SABAH dan Ramah Mesra bersama Masyarakat N49 Tungku

Tungku : Malis Penerangan PERKEMAS Sabah dan ramah mesra bersama masyarakat N49 Tungku telah diadakan pada 14hb. Jun. 2011 bertempat di perkarangan Pejabat Daerah Kecil Tungku yang disempurnakan oleh YB Mejar (K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan N49 Tungku.

SUHAILI
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Presiden PERKEMAS Sabah Dr. Marsidi Katong, Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku Ibrahim Haji Abd Hakim, Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin dan Ketua Pergerakan Puteri Umno Silam Puan Mizmah Appehdullah selaku Peng erusi PERKEMAS Sabah bahagian Silam.

PERKEMAS Sabah telah ditubuhkan pada 18hb. Ogos. 2010 melalui pendaftaraan pertubuhan NGO ( ROS ) dan telah menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti turun padang bagi berjumpa dengan masyarakat di seluruh Sabah dan mengenal pasti permasalahan yang mereka hadapi.

Antara objektif penubuhan PERKEMAS ialah salah satu alternatif bagi membantu agensi-agensi kerajaan untuk meringankan dan menyelesaikan masalah yang melibatkan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tungku Datuk Mohd Suhaili Haji Said berharap agar PERKEMAS dapat menjalankan aktiviti-aktiviti sosial dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

Antara pemimpin yang hadir pada majlis tersebut
Apabila saya melihat senarai Ahli Jawatan Kuasa PERKEMAS Bahagian Silam adalah bertepatan dengan konsep perkhidmatan cemerlang kerana mereka adalah dikalangan pemimpin di dalam parti UMNO.

Ini adalah kerana pengalaman mereka mendekati rakyat sebelum ini adalah salah satu sebab mereka layak menjawat Ahli Jawatan Kuasa PERKEMAS.

Dr. Marsidi Katong menerima borang keahlian PERKEMAS dari wakil penduduk di Tungku
Dengan kepesatan pembangunan di kawasan Tungku, adalah diharapkan agar PERKEMAS membantu agensi-agensi kerajaan menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan seterusnya mendahulukan rakyat pencapaian diutamakan.

Mizmah Appehdullah
Pengerusi PERKEMAS Sabah bahagian Silam Puan Mizmah Appehdullah berkata, beliau melahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana majlis ini dapat dijalankan walaupun telah beberapa kali tertunda disebabkan oleh masalah teknikal.

Katanya lagi, rakyat di kawasan Tungku diharap dapat menerima PERKEMAS kerana salah satu objektif penubuhannya adalah untuk membantu kerajaan dalam memastikan pelbagai pembangunan dan bantuan dapat disalurkan terus kepada rakyat yang memerlukan.

Dr. Marsidi Katong
Sementara itu, Presiden PERKEMAS Sabah Dr. Marsidi Katong merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili kerana sudi meluangkan masa menyempurnakan majlis penerangan dan pelancaran PERKEMAS Bahagian Silam di Tungku.

Komitmen beliau, dalam merealisasikan konsep 1 Malaysia adalah tinggi, kerana walaupun beliau sibuk dengan tugas-tugas tetapi demi untuk kepentingan rakyat beliau sanggup untuk bersama-sama kita pada hari ini, kata Marsidi ketika berucap dan menerangkan mengenai PERKEMAS.

Ujarnya lagi, PERKEMAS ditubuhkan bukanlah hanya sekadar bantuan berbentuk wang ringgit tetapi bantuan perkhidmatan menyeluruh termasuklah membantu kepada rakyat yang menhadapi masalah tidak memiliki kad pengenalan ( Mykad ) dan sebagainya.

PERKEMAS juga bukanlah ingin menjadi jaguh di kalangan NGO-NGO di Sabah, tetapi PERKEMAS berjuang memastikan rakyat diutamakan kebajikannya, katanya.

SUHAILI menyampaikan bantuan kepada salah seorang penduduk di Tungku
Selaras dengan Konsep 1 Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan mejadi teras perjuangan PERKEMAS bagi menterjemahkannya demi kesejahteraan rakyat.

Pada majlis tersebut seramai 65 orang penduduk dari kawasan Tungku menerima bantuan berupa makanan asas daripada PERKEMAS yang terdiri dari ibu tunggal, Orang Kurang Upaya ( OKU ) dan Miskin.

Suhaili sempat mengadakan perbincangan dengan Pemimpin masyarakat di Tungku
Harapan beliau agar penduduk di kawasan Tungku memberi kerjasama dengan PERKEMAS bagi melancarkan lagi hala-tuju dan matlamat penubuhannya. Ini adalah kerana tanpa sokongan dari mana-mana pihak ianya tidak akan berjaya memberi perkhidmatan kepada rakyat khususnya.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.