Khamis, Mac 17, 2011

Suhaili turun padang bagi menjelaskan kedudukan sebenar pembinaan rumah RMR

DatukSuhaili
ANGGOTA Dewan Undangan Negeri (Adun) N.49 Tungku, Datuk Mohd Suhaili Haji Said kelmarin telah melakukan lawatan mengejut ke Rancangan Silabukan Peringkat 4 di Jalan Tungku bagi memperbetulkan keluhan seorang penduduk di situ kononnya tertunggu-tunggu selama enam tahun untuk mendapatkan sebuah rumah melalui program Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Biarpun sibuk dengan tuntutan tugas sebagai seorang wakil rakyat, Suhaili terpaksa membatalkan jemputan merasmikan salah satu acaranya agar rakyat tidak akan terkeliru dengan keluhan penduduk berkenaan yang juga turut tersiar dalam akhbar The Borneo Post baru-baru ini.

 TURUN PADANG ... Suhaili (dua dari kanan) berbual sesuatu dengan Abdul Hadji sambil diperhatikan Datu Baniamin (dua dari kiri) semasa mengunjungi rumah peneroka tersebut
Diiringi oleh Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Tungku, Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Kemajuan Masyarakat (PKM) Tungku, Kamaruddin Hamid dan Pemaju Mukim Silabukan, Abdul Hadji Asari, Suhaili sendiri bertandang ke rumah bagi menjelaskan keadaan sebenarnya.

 Inilah rumah lama yang dikatakan dibina oleh Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) beberapa tahun dahulu kepada para peneroka sebelum kerajaan memperkenalkan konsep rumah RMR
Penduduk berkenaan yang difahamkan bekerja sebagai peneroka dan mempunyai masalah kesihatan dilaporkan merayu kepada pihak berwajib supaya segera membina rumah RMR seperti dijanjikan kepadanya beberapa tahun lepas.

 Konsep rumah RMR yang lebih selesa dan tenang untuk kepentingan rakyat
Kononnya janji rumah RMR dikendalikan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) ini telah dibuat pegawai daripada Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Tungku menyebabkan beliau tertunggu-tunggu.

Lebih malang lagi, peneroka berkenaan dikatakan meroboh sendiri rumahnya bagi memberi laluan kepada SPNB melaksanakan rumah RMR di tapak kediamannya di Rancangan Silabukan Peringkat 4.

Difahamkan bahawa pihak SPNB belum dapat membina rumah RMR untuk peneroka ini kononnya atas sebab-sebab tertentu.

Ekoran menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rumah RMR itu, peneroka berkenaan merayu melalui satu kenyataan akhbar sambil menuntut ke mana perginya Konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

D. Baniamin
"Kita kesal dengan kenyataan akhbar yang dibuat oleh peneroka terbabit kononnya UPKR Tungku menjanjikan kepadanya untuk mendapatkan sebuah rumah menerusi program RMR. Saya nak tegaskan di sini bahawa UPKR hanya bertindak sebagai perantaraan di mana kami mengenal pasti rakyat yang betul-betul memerlukan bantuan, kita akan bantu untuk memberi keutamaan kepada mereka.

"Kita tidak pernah menjanjikan kepada rakyat untuk terus mendapat kelulusan sesuatu projek tetapi cuma bertindak sebagai perantaraan atau orang tengah bagi membantu rakyat supaya mendapat keutamaan kelak," kata Datu Baniamin kepada Utusan Borneo semasa ditemui dalam lawatan mengejut itu.

Menurutnya, program RMR pada asasnya adalah kendalian SPNB yang bertujuan bagi membantu masyarakat mampu memiliki rumah lebih selesa secara bayaran balik.

Seperti di Tungku, katanya, sebanyak lapan buah rumah RMR telahpun siap dibina iaitu lima di Rancangan Silabukan Peringkat 4 manakala tiga lagi di Taburi.

Sementara itu, katanya lagi, terdapat empat rumah RMR yang sudah diluluskan difahamkan belum dibina termasuklah rumah dijanjikan kepada peneroka terbabit.

"Untuk itu, saya telah mendapat arahan daripada Datuk Suhaili agar peneroka berkenaan diberikan keutamaan untuk Projek Perumahan Rakyat Termiskin atau PPRT memandangkan beliau seorang peneroka dan dikatakan mempunyai masalah kesihatan. Ini juga bagi membolehkan beliau tidak perlu membayar sewa lagi.

"Jadi, tidak timbul persoalan kononnya Datuk Suhaili gagal dihubungi sedangkan kita maklum peneroka berkenaan begitu kenal dengan Datuk Suhaili selain selalu bertegur sapa. Pada pandangan saya, keluhan peneroka ini menerusi kenyataan akhbar yang dibuatnya baru-baru ini hanya mengelirukan semua pihak," tambahnya.

 Kamarudin Hamid
Bagi Kamaruddin pula dia terkejut setelah terbaca kenyataan akhbar itu menyebut kononnya pegawai UPKR Tungku menjanjikan kepada peneroka tersebut untuk mendapatkan sebuah rumah RMR.

Beliau berkata, pegawai UPKR tidak pernah menjanjikan kepada seseorang melainkan hanya bertindak sebagai orang tengah sahaja bagi mendapatkan sokongan serta keutamaan sesuatu projek pembangunan untuk rakyat.

Katanya, Datuk Suhaili adalah seorang pemimpin yang sangat prihatin dan semenjak menjadi wakil rakyat banyak pembangunan yang dibawa masuk khususnya melibatkan perumahan mampu milik.

Abdul Hadji
Abdul Hadji pula berpendapat bahawa keluhan yang dibuat peneroka terbabit tidak merujuk kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di perkampungan itu.

"Kalau dia rujuk terlebih dahulu, saya percaya masalah ini tidak akan berlaku. Tengoklah sekarang sehingga mewujudkan salah sangka," jelasnya.

Kata Abdul Hadji, sepatutnya beliau membuat rujukan memungkinkan masalah permohonannya boleh dijawab oleh pihak JKKK dan bukannya membuat kenyataan melulu di akhbar.

Bangsawan
Pengerusi JKKK Rancangan Silabukan Peringkat 4 iaitu Bangsawan Sahaibul berharap pihak SPNB segera membina rumah RMR demi kepentingan rakyat.

Ini katanya, keluhan peneroka berkenaan dapat dijadikan sebagai ikhtibar bagi memastikan rakyat tidak akan menunggu lama untuk menduduki rumah tersebut.

"Saya tidak tahulah apa masalahnya... tapi kita berharap pembinaan rumah RMR ini dapat disegerakan," ujarnya.

Sabtu, Mac 12, 2011

Modal Insan cemerlang membentuk insan gemilang

Desa Kencana : Menjadi tanggungjawab ibubapa mendidik anak-anak mereka menjadi seorang yang berguna kepada bangsa dan negara. Selaras dengan pembangunan dan pembentukkan modal insan yang cemerlang dituntut supaya mengamalkan sifat-sifat yang terpuji.

YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said
Ibubapa seharusnya tidak menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab kepada guru-guru di sekolah untuk mendidik anak-anak mereka, tetapi haruslah mengambil insiatif untuk mengambil tanggungjawab mendidik dan membentuk mereka kepada manusia yang lebih cemerlang, ujar Suhaili ketika merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Daerah Lahad Datu di Sekolah menengah Kebangsaan Desa Kencana pada jumaat.

Tambahnya lagi, dalam kita mendidik anak, kita janganlah melupakan nilai-nilai murni yang baik untuk diajar dan dipraktikkan oleh anak-anak demi untuk masa depan mereka.

Melambaikan tangan sebaik sahaja tiba sambil diiringi oleh PPD Lahad Datu dan Pengetua SMK Desa Kencana
Katanya lagi, dengan penglibatan pelajar-pelajar dalam menyertai kejohanan seperti sukan dan aktiviti persatuan secara tidak langsung boleh merubah ke arah yang lebih positif dari segi pemikiran dan pendapat terhadap aktiviti sukan.

Sudah tentu dengan penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti di sekolah maka guru-guru dan ibubapa akan mudah mengawal dan memberi pengetahuan serta pengalaman kepada anak-anak mereka.

Suhaili bersama pegawai pelajaran daerah dan pengetua-pengetua sekolah di daerah Lahad Datu berdiri sebagai tanda hormat menyanyikan lagu ' Negaraku ' dan Sabah Tanah Airku '
Diharap kejohanan seperti ini mampu menarik perhatian pelajar dalam menghayati semangat kesukanan dan memupuk semangat perpaduan di kalangan peserta yang bertanding di samping berperanan sebagai tunjang untuk mencapai kecemerlangan hingga ke peringkat antarabangsa.

Mohd Zaini Yanin
Suhaili juga melahirkan rasa bangga dan sukacita kerana kejayaan mengurus dan mengelolakan Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat MSSD Lahad Datu kali ketiga. Kejohanan seumpama ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menonjolkan bakat dalam acara belapan dan padang dan memberi manfaat kendiri mereka.

Sementera itu, Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu, En. Mohd Zaini bin Yanin berkata, kejohanan ini adalah penting dalam mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan dan meningkatkan prestasi atlet sedia ada agar dapat mewakili daerah ke peringkat Asia Tenggara dan seterusnya.

Saya percaya kejohanan ini amat bermakna kepada guru, jurulatih dan pelajar, atlet khususnya. Disamping itu juga Mohd Zaini berharap para atlet dan guru-guru yang terlibat dalam Kejohanan Belapan dan Padang dapat menjadikan kejohanan ini sebagai kayu ukur dalam menilai kemampuan pelajar dan guru dalam bidang sukan

Jelasnya, kekuatan mental para atlet semasa bertanding adalah perlu.

TAHNIAH..Suhaili menyampaikan hadiah kepada salahs seorang olahragawan kejohanan Belapan dan Padang 2011
Dalam kejohanan Belapan dan Padang , Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana merangkul kesemua ketegori Olahragawan dan Olahragawati dengan masing-masing dimenangi oleh Jiana binti Abdul Rasid dan Mohd Khairul Firdaus bin Zulkobli ( ( Ketegori bawa 15 tahun ) dan Maryanne Mathew dan Mohd Afzainizam bin Amsain ( Ketogori 18 tahun ).

TABIK HORMAT...Suhaili menerima tabik hormat dari kontijen perbarisan berunifon SMK Desa Kencana
Bagi pertandingan Perbarisan Lintas Hormat dimenangi oleh Pandu Puteri , naib johan Kadet Bomba dan ketiga Pengakap Sekolah Menengah Desa Kencana.

Manakala johan keseluruhan Kejohanan Belapan dan Padang pada tahun ini disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kecana dengan merangkul 27 emas, 23 perak dan 14 gangsa.

Hadir sama pada majlis perasmian tersebut ialah semua pengetua-pengetua Sekolah menengah dan guru-guru yang terlibat menjayakan Kejohana Belapan dan Padang MSSD Dearah Lahad Datu.

Sabtu, Mac 05, 2011

Barisan Nasional tunaikan janji pilihanraya 2008

Silabukan Pkt 1 : Segala janji Barisan Nasional pada piliharaya ke 12, 2008 yang lalu telah ditunaikan melalui beberapa program yang dianjurkan oleh kerajaan termasuklah program pembasmian kemiskinan.

Ini adalah kerana pelbagai tohmahan dari pihak pembangkang menyatakan kerajaan hari ini tidak bersifat membantu rakyat dalam apa juga bidang. Mereka hanya pandai bercakap tetapi tidak melaksanakan apa yang mereka janjikan kepada rakyat, kata Suhaili semasa meyempurnakan pemimpin bersama rakyat di kg Silabukan Peringkat 1 pada sabtu.

Dalam masa yang sama, Suhaili berharap agar penduduk di kampung Silabukan Peringkat 1 menggekal  dan meningkatkan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional pada pilihanraya yang akan datang bagi kesinambungan pembangunan.

Sebagai contoh di kampung Silabukan Peringkat 1, jalan masuk utama telah dinaik taraf ke jalan aspal ( Primix ) yang sudah memberi kemudahan dan manfaat sepenuhnya kepada penduduk sebagaimana yang telah dijanjikan oleh YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili pada Pilihanraya ke-12.

Suhaili juga mengumumkan projek bekalan air bersih di Mukim Silabukan yang bernilai RM 30 juta dan akan ditender pada tahun ini juga. Jika projek ini siap dan beroperasi akan memberi kemudahan bekalan air bersih kepada semua mukim Silabukan. 

Antara pemimpin yang hadir pada program tersebut
Sementera itu, ketua kampung Silabukan Peringkat 1 En. Jupani Pateri berkata, pergunakanlah program pemimpin bersama rakyat untuk meluahkan masalah-masalah yang melibatkan penduduk kampung kepada     ' Wakil Rakyat '

Jupani Pateri
Jangan , mengunakan saluran lain untuk meluahkan masalah. Ini adalah kerana setiap kampung mempunyai ketua kampung dan Pengerusi JKKK yang telah dilantik oleh kerajaan membantu dan menyalurkan maklumat dan pelbagai masalah kepada kerajaan.

Jupani berharap agar penduduk kampung dapat berkerjasama dengan ketua kampung dan pengerusi JKKK bagi melancarkan lagi pentadbiran di peringkat kampung. Tanpa persefahaman, kita tidak akan bersatu padu. 

Suhaili juga mengumumkan peruntukan 50 unit tangki air 400 gelen, kerusi pelastik 50 unit dan sebuah mesin rumput untuk dibekalkan kepada penduduk kampung Silabukan Peringkat 1.

Turut hadir pada program tersebut ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku, Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pemaju Mukim Silabukan Abd Hadji Asari, Ketua Anak Negeri kawasan Tungku En. Mukmin Anghai dan Pemaju Masyarakat Tungku En. Salleh Kamin Sajiran.

Jumaat, Mac 04, 2011

Eratkan perpaduan dan bina kehormonian

Tungku : Umat Islam hari ini diseru mengeratkan perpaduan dan membina keharmonian demi untuk kesejahteraan negara. Ini adalah penting bagi meningkatkan dan mengukuhkan perpaduan yang sedia terjalin.

Berucap menyempurnakan sambutan Maulidur Rasul dan seterusnya menyampaikan ceramah agama
Anggota Dewan Undangan Negari kawasan N49 Tungku YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said berkata, sejarah Islam di zaman Rasulullah S.A.W telah membuktikan bahawa, penyatuan dan perpaduan umat Islam amat erat sehinggakan berjaya membawa syair Islam ke satu tahap yang tinggi.

Berarak menggelilingi PPR..kelihatan Ketua Puteri, Puan Mizmah turut hadir
Tetapi, apabila umat Islam tidak bersatu, berpecah, dan persengketaan yang membawa kepada perpecahan, maka ianya meletakkan umat Islam diperlekehkan sebagaimana dibeberapa negara Islam kini yang dilanda masalah perpaduan yang tidak kukuh dan akhirnya rakyat berpecah belah, ujar Suhaili ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul peringkat Pangsapuri Mutiara Kasih buat pertama kalinya.

SUHAILI disambut  penduduk sebaik tiba di PPR
Katanya lagi, Suhaili menasihatkan penduduk di kawasan Pangsapuri Mutiara Kasih supaya mengekalkan perpaduan, persefahaman dan keharmonian bagi membantu proses kestabilan dan kesejahteraan negara yang berpanjangan.

Sokongan penduduk Pangsapuri Mutiara Kasih bagi menjayakan Sambutan Maulidur Rasul amat memberangsangkan
Ujarnya lagi, Sambutan Maulidur Rasul seharusnya dijadikan landasan untuk umat Islam meningkatkan syair Islam dengan mengimarahkan masjid melalui penganjuran pelbagai aktiviti keagamaan termasuk kursus pengurusan jenazah ceramah agama dan bergotong royong.

Antara pemimpin yang hadir pada sambutan tersebut
Suhaili yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bahagian Silam berkata, kita haruslah mencontohi perjuangan Rasulullah S.A.W yang mengorbankan banyak harta benda dan keluarga demi untuk menyibarkan lagi syaiar Islam ke seluruh dunia.

Ustaz Jinirol Bensali memimpin bacaan Berzanzi sambil diperhatikan oleh SUHAILI
Selain itu juga, katanya, umat Islam hendaklah mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa yang lalu dan menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai idola dalam kehidupan.

Jesteru itu, panduan yang tepat adalah kita suci Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W yang akan menjadi ikutan umat Islam dan sesiapa yang mengikuti kedua-duanya maka ia tidak akan sesat selama-lamanya.

SUHAILI... Turut sama mengambil bahagian membaca berzanzi
Sambutan ini dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Surau Pangsapuri Mutiara Kasih buat julung-julung kalinya yang melibatkan semua penduduk di kawasan Pansapuri Mutiara Kasih.

Perarakan seawal pukul 7.30 pagi menggilingi Pangsapuri Mutiara Kasih diturut mencatatkan sejarah Pangsapuri Mutiara kasih dimana melibatkan semua suku kaum yang tinggal di kawasan tersebut iaitu Bajau, Bugis, Tidung, Cina, Idahan dan Dusun. Salah satu contoh 1 Malaysia 1 Ummah tema sambutan Maulidur Rasul 1432 H tahun ini.

Kaum Ibu turut sama menyerahkan lagi majlis tersebut
Antara pengisian dalam sambutan tersebut ialah bacaan Berzanzi oleh ahli kariyah Pangsapuri Mutiara Kasih dan Suhaili juga turut sama membaca berzanzi serta berceramah agama.

Turut dipertandingan, pertandingan ‘ Kontinjen paling ramai ’ mengikut blok diadakan bertujuan menarik minat penduduk menghadiri sambutan Maulidur Rasul.

Johan bagi kontinjen paling ramai disandang oleh Blok B, kelihatan En. Rasid Bukhari menerima hamper daripada Suhaili disaksikan oleh Pengerusi Surau PPR Ustaz Jinirol Bensali
Johan bagi ketegori 'Kontinjen paling ramai ' disandang oleh Blok B, naib juara, Blok H dan ketiga jatuh kepada Blok A

Hadir sama pada sambutan tersebut ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Kemajuan Masyarakat N 49 Tungku Kamarudin Haji Hamid, Ketua Anak Negeri , En Mukmin Anghai, Wakil Ketua Anak Negeri kawasan Tungku Abd Rahman Basar, Haji Tikson Abu Kassim dan Pengurus C & H Williams, En. Akmal Alimuddin.