Sabtu, Ogos 27, 2011

Malis Penyampaian Zakat Amanah Raya Berhad Sabah dan berbuka Puasa Anjuran bersama Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah ( MHEANS ) Tungku.

SUHAILI
Tungku : Majlis Penyampaian Zakat Amanah Raya Berhad cawangan Sabah yang diadakan di Dewan Sri Nalaja, Kg. Telisai dan majlis berbuka puasa anjuran Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah ( MHEANS ) dan disempurnakan oleh YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said Ahli Dewan Undangan negeri kawasan N49 Tungku merangkap Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah.

Suhaili dalam ucapannya berkata, komitmen pengurusan Amanah Raya Berhad Sabah menganjurkan program penyampaian Zakat seperti ini amatlah dialu-alukan bagi memenuhi impian penduduk di kawasan Tungku yang layak menerima bantuan dan sumbangan apatah lagi umat Islam akan menyambut Aidil Fitri tidak lama lagi.

Inilah yang kita harapkan dengan tanggungjawab sosial yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat swasta dan agensi-agensi kerajaan yang mengutamakan kepentingan rakyat keseluruhannya, ujar Suhaili lagi.

Penerima Asnaf bagi kawasan Tungku
Tambahnya lagi, kerajaan sentiasa bekerjasama dengan pelbagai syarikat dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi membantu dalam membasmi kemiskinan. Bukanlah bermakna kerajaan tak mampu untuk melaksanakannya, tetapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban kerajaan dalam mencapai matlamat membasmi kemiskinan sifar.

SUHAILI ketika menyampaikan zakat kepada penerima di kawasan Tungku
Katanya lagi, dalam proses membangunkan Negara, para pemimpin di akar umbi juga haruslah mengambil peranan untuk mendampingi rakyat di kawasan masing-masing. Laporkan kepada agensi kerajaan yang terlibat apabila menerima aduan daripada rakyat. Ini penting bagi kerajaan memastikan segala permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dapat diatasi segera dan tidak membebankan rakyat.

Usman menyerahkan cenderahati kepada Suhaili sambil disaksikan Hj Awang Sahrin
Saya berharap agar ketua-ketua kampung dan pengerusi-pengerusi JKKK di setiap kawasan di Tungku dalam meningkatkan prestasi kerja dengan mendahulukan rakyat dalam segala aspek.

Pengarah MHEANS dan Pengurus ARB Sabah merakamkan gambar kenangan bersama Datuk Ustaz Mohd Suhaili 
Bukan dengan mendapat jawatan di dalam sesebuah kampung maka kita tidak menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Pantau dan selidik setiap masalah kampung dan rakyat. Katanya lagi.

Datuk Hj Awang Sahrin Alimin
Sebagai seorang pemimpin yang menjadi mata dan telinga kerajaan haruslah menunjukkan sifat-sifat terpuji berakhlak dan berilmu dalam memenuhi cabaran yang semakin mencabar.

Manakala Pengarah Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Haji Awang Sahrin Alimin berkata, antara objektif program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pemimpin akar umbi dan rakyat mengenai pengurusan harta pusaka dan pengurusan wasiat.

Saya bagi pihak Mahlis Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah ( MHEANS ) mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Amanah Raya Berhad cawangan Sabah yang diketuai oleh En. Usman Haji Hamid yang telah memberi komitmen dan kerjasama dalam bersama-sama menganjurkan program bersama MHEANS.

Awang Sharin juga melahirkan rasa terharu dengan kehadiran YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili kerana sudi meluangkan masa bersama-sama dengan masyarakat dan menyampaikan zakat kepada para penerima. Kita faham tugas beliau sejak akhir-akhir ini begitu padat, tetapi apabila dijemput untuk merasmikan sesuatu program beliau akan sedaya upaya untuk menghadirkan diri.

TERIMA KASIH... Usman turut menyampaikan cenderahati kepada Pengarah
MHEANS 
Dalam majlis tersebut, seramai 100 orang penerima zakat yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal, orang kelain upaya ( OKU )dan asnaf di kawasan Tungku.

Datuk Hj Awang Sharin berharap, agar program seperti ini dapat diadakan dimasa akan datang demi untuk membantu golongan asnaf agar dapat mengurangkan beban mereka yang akan menyambut hari raya tidak lama lagi.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengurus kanan Amanah Raya Berhad Wilayah Sabah, Sarawak dan Labuan En. Usman Haji Hamid, Pemimpin Kemajuan Rakyat Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Ketua Daerah Lahad Datu dan Tungku OKK Sulaiman Atok dan OKK Abdillah Hamzah.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.