Isnin, Ogos 01, 2011

Kerajaan komited membantu rakyat dalam segala aspek

Tungku : Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tungku YB Datuk Suhaili Haji Said berkata kepimpinan Rasulullah S.A.W haruslah di contohi bagi menjamin kesejahteraan umat Islam pada hari ini.

Suhaili
Ini adalah kerana dengan kepimpinan beliau yang merangkumi segala bidang menjadikan Rasulullah satu model dan pemimpin agung disegani sama ada oleh pihak lawan atau kawan, Suhaili berkata demikian ketika merasmikan Seminar Gagasan 1 Malaysia di dewan Semi Bakti Anjung Teduh baru-baru ini.

Suhaili yang juga Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah ( MUIS ) menekankan bahawa dengan kepimpinan yang berteraskan modal insan yang berkualiti, maka akan melahirkan satu corak pembangunan Negara yang pesat dan cepat sebagaimana gagasan 1 Malaysia yang merangkumi segala aspek pendekatan dan pembangunan mampan.

Inilah antara agenda kerajaan Barisan Nasional yang telah berjaya membawa Malaysia ke satu tahap yang tinggi dan disegani dikalangan negara-negara di dunia.

Katanya lagi, perpaduan dan muafakat di kalangan rakyat di negara ini adalah hasil usaha pemimpin-pemimpin terdahulu yang mahukan keharmonian dan keamanan berkekalan.

Kesedaran orang ramai mengenai pentingnya seminar yang dianjurkan oleh kerajaan amat tinggi bagi merealisasikan dan menyampaikan pelbagai informasi dan maklumat
“ Jika kita tidak bersatu , mudah untuk kita dijajah semula, sedangkan kemerdekaan Malaysia sejak 54 tahun yang lalu Malaysia sentiasa meningkat pencapaian dari segi ekonomi dan pelbagai bidang. ” ujarnya lagi.

Suhaili menyampaikan cenderahati kepada Mejar Abd Rashid salah seorang penceramah BTN
Tambahnya lagi, segala nikmat yang kita kecapi pada hari ini haruslah kita mensyukurinya dengan menunjukkan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai manfaat diperolehi seperti subsidi yang mengurangkan beban rakyat.

Kehadiran orang ramai menunjukkan sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abd Razak meningkat 
Tiada kerajaan di dunia pada hari ini yang memperuntukkan sejumlah wang untuk meringankan beban rakyat kerana dengan subsidi yang tinggi setiap tahun sejumlah RM23 bilion.

Kerjasama baik daripada pihak pengurusan Felda membantu pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh kerajaan
Dengan program sebegini yang dianjurkan Biro Tata Negara ( BTN ) maka ianya dapat memberi pelbagai informasi dan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan termasuklah pelbagai bantuan bagi meringankan beban rakyat.

SUHAILI merakamkan gambar bersama peserta seminar
Seramai 300 penduduk di sekitar Felda Anjung Teduh hadir pada majlis tersebut. Antara pengisian dalam program tersebut ialah ceramah mengenai kensep 1 Malaysia dan penerangan mengenai subsidi yang diperuntukan oleh kerajaan kepada rakyat.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Ketua Daerah Tungku En. Abdillah Hamzah dan Guru Besar SK Sahabat 2 En. Marjan Bahajan.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.