Isnin, Ogos 22, 2011

Hidupkan semangat perpaduan dalam bulan Ramadhan

Silabukan Pkt 2 : Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tungku YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said berkata amalan bergotong royong dan tolong-menolong dikalangan masyarakat hari ini hendaklah dikekalkan bagi meningkatkan semangat muhibbah dan mesra apatah lagi kita di dalam bulan ramadhan yang mulia ini.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan zakat kepada 60 orang yang terdiri dari ibu-ibu tunggal, fakir miskin dan orang kelainan upaya ( OKU ) di kawasan Mukim Silabukan Peringkat 2 baru-baru ni.
Majlis ini adalah anjuran Unit Gerakan Masjid (UGM) Datu / Tungku bersama Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Selatan dan Ahli Jawatankuasa Masjid Nurul Ikswan.
Suhaili dalam ucapannya berkata, peranan ahli jawatankuasa masjid dalam menganjurkan pelbagai program keagamaan haruslah ditingkatkan dan diteruskan dalam erti kata lain konsep pengimarahan masjid sangat dituntut oleh agama Islam.

Antara penerima zakat bagi zon Silabukan
Di zaman Rasulullah SAW, masjid digunakan dalam pelbagai urusan keagamaan termasuklah program-program yang melibatkan usaha menyatupadukan masyarakat arab pada ketika itu. Haruslah kita mengambil iktibar dan pelbagai pengajaran untuk kita melaksanakan di masjid-masjid masing-masing.

SUHAILI menyampaikan Zakat sambil disaksikan oleh En. Ariffin Mohd Nor 
Suhaili yang juga Ahli Lembaga Pengarah Felda, berkata dibulan Ramadhan inilah kita harus mengambil kesempatan untuk kita mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan jiran tetanga dan masyarakat kerana dengan menghadirikan diri dalam majlis-majlis berbuka puasa bersama-sama masyarakat ianya akan mengwujudkan satu suasana harmoni dan mengeratkan silaturrahim , ujarnya lagi.

Ariffin Mohd Nor
Terdahulu Pegawai Pentadbir Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Selatan En. Ariffin Mohd Nor berkata, antara objektif program sebegini dianjurkan adalah untuk menitiberatkan nilai-nilai bersatu supaya kita tidak berpecah belah.

Selain itu, kerajaan juga dapat menyalurkan pelbagai bantuan dan sumbangan melalui Yayasan Sabah dengan melaksanakan tanggunjawab sosial seperti agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan ( NGO ) menyampaikan terus kepada penerima yang layak seperti Warga Tua, Ibu Tunggal, OKU dan Fakir Miskin, katanya.

Turut hadir Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Kemajuan Masyarakat Tungku Kamarudin Haji Hamid dan Pemaju Mukim Silabukan En. Abd Hadji Asari.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.