Sabtu, Mac 12, 2011

Modal Insan cemerlang membentuk insan gemilang

Desa Kencana : Menjadi tanggungjawab ibubapa mendidik anak-anak mereka menjadi seorang yang berguna kepada bangsa dan negara. Selaras dengan pembangunan dan pembentukkan modal insan yang cemerlang dituntut supaya mengamalkan sifat-sifat yang terpuji.

YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said
Ibubapa seharusnya tidak menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab kepada guru-guru di sekolah untuk mendidik anak-anak mereka, tetapi haruslah mengambil insiatif untuk mengambil tanggungjawab mendidik dan membentuk mereka kepada manusia yang lebih cemerlang, ujar Suhaili ketika merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Daerah Lahad Datu di Sekolah menengah Kebangsaan Desa Kencana pada jumaat.

Tambahnya lagi, dalam kita mendidik anak, kita janganlah melupakan nilai-nilai murni yang baik untuk diajar dan dipraktikkan oleh anak-anak demi untuk masa depan mereka.

Melambaikan tangan sebaik sahaja tiba sambil diiringi oleh PPD Lahad Datu dan Pengetua SMK Desa Kencana
Katanya lagi, dengan penglibatan pelajar-pelajar dalam menyertai kejohanan seperti sukan dan aktiviti persatuan secara tidak langsung boleh merubah ke arah yang lebih positif dari segi pemikiran dan pendapat terhadap aktiviti sukan.

Sudah tentu dengan penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti di sekolah maka guru-guru dan ibubapa akan mudah mengawal dan memberi pengetahuan serta pengalaman kepada anak-anak mereka.

Suhaili bersama pegawai pelajaran daerah dan pengetua-pengetua sekolah di daerah Lahad Datu berdiri sebagai tanda hormat menyanyikan lagu ' Negaraku ' dan Sabah Tanah Airku '
Diharap kejohanan seperti ini mampu menarik perhatian pelajar dalam menghayati semangat kesukanan dan memupuk semangat perpaduan di kalangan peserta yang bertanding di samping berperanan sebagai tunjang untuk mencapai kecemerlangan hingga ke peringkat antarabangsa.

Mohd Zaini Yanin
Suhaili juga melahirkan rasa bangga dan sukacita kerana kejayaan mengurus dan mengelolakan Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat MSSD Lahad Datu kali ketiga. Kejohanan seumpama ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menonjolkan bakat dalam acara belapan dan padang dan memberi manfaat kendiri mereka.

Sementera itu, Pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu, En. Mohd Zaini bin Yanin berkata, kejohanan ini adalah penting dalam mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan dan meningkatkan prestasi atlet sedia ada agar dapat mewakili daerah ke peringkat Asia Tenggara dan seterusnya.

Saya percaya kejohanan ini amat bermakna kepada guru, jurulatih dan pelajar, atlet khususnya. Disamping itu juga Mohd Zaini berharap para atlet dan guru-guru yang terlibat dalam Kejohanan Belapan dan Padang dapat menjadikan kejohanan ini sebagai kayu ukur dalam menilai kemampuan pelajar dan guru dalam bidang sukan

Jelasnya, kekuatan mental para atlet semasa bertanding adalah perlu.

TAHNIAH..Suhaili menyampaikan hadiah kepada salahs seorang olahragawan kejohanan Belapan dan Padang 2011
Dalam kejohanan Belapan dan Padang , Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana merangkul kesemua ketegori Olahragawan dan Olahragawati dengan masing-masing dimenangi oleh Jiana binti Abdul Rasid dan Mohd Khairul Firdaus bin Zulkobli ( ( Ketegori bawa 15 tahun ) dan Maryanne Mathew dan Mohd Afzainizam bin Amsain ( Ketogori 18 tahun ).

TABIK HORMAT...Suhaili menerima tabik hormat dari kontijen perbarisan berunifon SMK Desa Kencana
Bagi pertandingan Perbarisan Lintas Hormat dimenangi oleh Pandu Puteri , naib johan Kadet Bomba dan ketiga Pengakap Sekolah Menengah Desa Kencana.

Manakala johan keseluruhan Kejohanan Belapan dan Padang pada tahun ini disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kecana dengan merangkul 27 emas, 23 perak dan 14 gangsa.

Hadir sama pada majlis perasmian tersebut ialah semua pengetua-pengetua Sekolah menengah dan guru-guru yang terlibat menjayakan Kejohana Belapan dan Padang MSSD Dearah Lahad Datu.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.