Sabtu, Mac 05, 2011

Barisan Nasional tunaikan janji pilihanraya 2008

Silabukan Pkt 1 : Segala janji Barisan Nasional pada piliharaya ke 12, 2008 yang lalu telah ditunaikan melalui beberapa program yang dianjurkan oleh kerajaan termasuklah program pembasmian kemiskinan.

Ini adalah kerana pelbagai tohmahan dari pihak pembangkang menyatakan kerajaan hari ini tidak bersifat membantu rakyat dalam apa juga bidang. Mereka hanya pandai bercakap tetapi tidak melaksanakan apa yang mereka janjikan kepada rakyat, kata Suhaili semasa meyempurnakan pemimpin bersama rakyat di kg Silabukan Peringkat 1 pada sabtu.

Dalam masa yang sama, Suhaili berharap agar penduduk di kampung Silabukan Peringkat 1 menggekal  dan meningkatkan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional pada pilihanraya yang akan datang bagi kesinambungan pembangunan.

Sebagai contoh di kampung Silabukan Peringkat 1, jalan masuk utama telah dinaik taraf ke jalan aspal ( Primix ) yang sudah memberi kemudahan dan manfaat sepenuhnya kepada penduduk sebagaimana yang telah dijanjikan oleh YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili pada Pilihanraya ke-12.

Suhaili juga mengumumkan projek bekalan air bersih di Mukim Silabukan yang bernilai RM 30 juta dan akan ditender pada tahun ini juga. Jika projek ini siap dan beroperasi akan memberi kemudahan bekalan air bersih kepada semua mukim Silabukan. 

Antara pemimpin yang hadir pada program tersebut
Sementera itu, ketua kampung Silabukan Peringkat 1 En. Jupani Pateri berkata, pergunakanlah program pemimpin bersama rakyat untuk meluahkan masalah-masalah yang melibatkan penduduk kampung kepada     ' Wakil Rakyat '

Jupani Pateri
Jangan , mengunakan saluran lain untuk meluahkan masalah. Ini adalah kerana setiap kampung mempunyai ketua kampung dan Pengerusi JKKK yang telah dilantik oleh kerajaan membantu dan menyalurkan maklumat dan pelbagai masalah kepada kerajaan.

Jupani berharap agar penduduk kampung dapat berkerjasama dengan ketua kampung dan pengerusi JKKK bagi melancarkan lagi pentadbiran di peringkat kampung. Tanpa persefahaman, kita tidak akan bersatu padu. 

Suhaili juga mengumumkan peruntukan 50 unit tangki air 400 gelen, kerusi pelastik 50 unit dan sebuah mesin rumput untuk dibekalkan kepada penduduk kampung Silabukan Peringkat 1.

Turut hadir pada program tersebut ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku, Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pemaju Mukim Silabukan Abd Hadji Asari, Ketua Anak Negeri kawasan Tungku En. Mukmin Anghai dan Pemaju Masyarakat Tungku En. Salleh Kamin Sajiran.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.