Isnin, Disember 27, 2010

Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan

Tanjung Labian : Syukur Alhamdulillah kerana majlis ini dapat dilaksanakan walaupun telah tertunda sekian lama disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dielakkan, kata Suhaili ketika merasmikan penyerahan lot-lot tanah di kampung Tanagian dan Kg. Sungai Bilis baru-baru ini.

SUHAILI
Katanya lagi, dengan penyerahan lot-lot tanah ini, maka berakhirlah masalah yang dihadapi oleh penduduk di kampung Tanagian dan kampung Sungai Bilis, di mana pelbagai masalah yang dihadapi termasuklah pencerobohan dari pihak luar.

Kerajaan hari ini amat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat dengan meluluskan beberapa permohonan tanah dan seterusnya diusahakan bagi menambahkan lagi sumber pendapatan yang lumayan seperti penanaman kelapa sawit dan tanaman lain, ujar Suhaili yang juga Ahli Lembaga Pengarah Felda.

Suhaili yang juga Presiden Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah, menekankan agar semua penduduk yang telah mendapat lot-lot tanah memanfaatkan sepenuhnya anugerah yang telah diberikan dengan bersyukur kepada kerajaan Barisan Nasional yang begitu prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Selaras dengan saranan Perdana Menteri Malaysia Datu’ Seri Najib Tun Abd Razak akar sentiasa mengamalkan sikap prihatin dan turun padang bagi mendalami masalah yang di hadapi oleh rakyat. Sudah tentu rakyat akan sentiasa terbela dan menyokong kerajaan Barisan Nasional.

Antara peserta yang hadir pada majlis tersebut
 Beliau juga menasihatkan penduduk di kawasan tersebut agar jangan terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang suka menabur pelbagai fitnah memburuk-burukkan kerajaan, kerana selama ini kerajaan Barisan Nasional telah membela rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Di kawasan Tanjung Labian yang kita sedia maklum pelbagai kemudahan dan prasarana telah dilaksanakan seperti projek perumahan rakyat termiskin, jalan-jalan pertanian, jalan utama dinaiktaraf dan sebagainya.

Tambahnya lagi, ketua-ketua kampung dan pengerusi JKKK hendaklah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dengan berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing. Mereka adalah mata dan telinga kerajaan dengan menyampaikan dan menyalurkan masalah rakyat kepada pihak kerajaan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Penolong Daerah Kecil Tungku Ibrahim Haji Abd Hakim, Ketua Daerah Tungku OKK Abdillah Hamzah, Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin dan Ketua-Ketua Anak Negeri kawasan Tungku.


Ibrahim Haji Abd Hakim
 Dalam masa yang sama, Ibrahim turut mengingatkan penduduk yang telah mendapat lot-lot tanah di kawasan kampung Tanagian dan kampung Sungai Bilis memanfaat sepenuhnya tanah-tanah tersebut untuk pertanian. Jangan dijual atau digadai kerana tanah tersebut amat berharga kepada generasi akan datang, katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Beliau juga berharap agar penduduk di sekitar perkampungan Tanjung Labian mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan seperti pembinaan rumah atau kedai berdekatan. Ini penting, bagi mengelakkan kemalangan yang sering berlaku di tepi jalan raya utama.

Seramai 100 orang penduduk kampung Tanagian dan kampung Sungai Bilis terlibat dengan penyerahan lot-lot tanah pada majlis tersebut.


SUHAILI menyampaikan sijil penyerahan lot tanah kepada wakil penduduk ( En. Omar Ullang )
 Sebelum itu, Suhaili menghadiri kenduri kesyukuran di kampung Sri Hak di rumah salah seorang penduduk kampung tersebut.

Walaupun YB Datuk Suhaili sibuk dengan tugas-tugas rasmi, tetapi beliau sempat juga meluangkan masa bersama-sama rakyat di kawasan Tungku.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.