Selasa, Disember 21, 2010

Program Integrasi Persada Merentasi Lautan

Desa Kencana – Program Integrasi Persada Merentasi Lautan yang di adakan di Desa Kencana, Felda Sahabat berlansung dari 19 Disember 2010 hingga 22 Disember 2010 yang melibatkan pelajar dari Universiti Tun Hussein On Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Kelantan.

Keluarga Angkat kepada pelajar yang terlibat turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut
Program ini dianjurkan bersama JKKR Felda Sahabat, Majlis Belia Felda ( MBFM ) Serenta ( Felda ) Jabatan Perdana Menteri, dan Jabatan Inovasi dan pembangunan Generasi Baru

Upacara Simbolik perasmian dengan memotong pulut kuning
Antara objektif program ini diadakan adalah mewujudkan dan menanam nilai-nilai kepimpinan di kalangan generasi muda intelek terutama di dalam membantu kerajaan mengukuhkan dan membangunkan jalinan integrasi yang erat di kalangan masyarakat setempat.

YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said
Selain itu, ianya juga memberi kesedaran dan pemahaman kepada golongan intelek terhadap peranan dan tanggungjawab dalam mencapai pembangunan modal insan.

Misi program ini ialah untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui program baktisiswa yang berkonsepkan khidmat masyarakat bagi mewujudkan semangat sukarelawan di antara masyarakat desa dan golongan intelek, menanam nilai-nilai kepimpinan di kalangan generasi muda dan juga sebagai satu platform bagi mencapai modal insan yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam aktiviti kemasyarakatan.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengurus Besar Felda Sabah, Haji Juany Haji Salleh, Mohd Fadzil Mohd Ali, Pengarah Sarenta Felda Sabah, Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin.

Program ini amat bertepatan dilaksanakan dengan pendedahan kepada golongan muda yang amat memerlukan bimbingan dan prihatin agar golongan.

Simbolik perasmian program
Ini adalah kerana, golongan mudalah yang akan menjadi pewaris kepada kepimpinan negara di masa akan datang. Tanpa bimbangan dan pendedahan golongan ini akan terbiar dan sudah tentu akan merugikan kepada negara, kata Suhaili ketika merasmikan penutupan Program tersebut.

Katanya lagi, program ini hendaklah dilaksanakan berterusan bagi memenuhi citarasa golongan muda.

Dengan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuklah FELDA yang sentiasa memberi kerjasama bagi merealisasikan sasaran kerajaan dalam mengadakan pelbagai program dan acara untuk manfaat rakyat keseluruhannya.

Banyak program yang telah dianjurkan oleh FELDA memberi manfaat sepenuhnya kepada peneroka-peneroka FELDA.

Peserta program menunjukkan bakat dalam bacaan ayat suci Al-Quran
Dalam pada itu, Felda memberi pulangan baik kepada peneroka-peneroka, melalui harga Buah Tandan Segar ( BTS ) yang tinggi berbanding dengan pembeli BTS luar kerana Felda begitu prihatin dan memahami masalah yang dihadapi oleh peneroka, jelasnya lagi.
Pengarah Program Mohd Firuz bin Sulaiman

Seramai 36 pelajar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Malaysia Sabah dan Unversiti Malaysia Kelantan terlibat dan diambil menjadi keluarga angkat oleh peneroka-peneroka Desa Kencana.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.