Sabtu, Disember 18, 2010

Pemimpin adalah contoh kepada rakyat

Tungku : Sebagai pemimpin yang dipertangungjawabkan untuk menjadi ketua dalam satu kominiti di kampung, hendaklah sentiasa menunjukkan sifat-sifat terpuji dan menjadi contoh kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

Ini adalah kerana, jika pemimpin yang dilantik untuk menjawat jawatan seperti ketua anak negeri, wakil ketua anak negeri, ketua kampung dan pengerusi JKKK tidak menunjukkan sikap sebagai seorang pemimpin yang baik, maka masyarakat akan mempertikai dan tidak menghormati pemimpin tersebut.

Suhaili menandatangani Plak Kawasan Rukun Tetangga Kg. Segangan
YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili berkata ketika merasmikan Mini Dewan dan KRT kampung Segangan, dekat sini, kelmarin. Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku juga mengadakan pendaftaran pemilih untuk pengundi baru pada majlis tersebut. Turut diserikan persembahan tarian gilok orang-orang idahan yang dipersembahkan oleh belia-beliawanis Kg. Segangan.

Antara pemimpin yang hadir pada majlis tersebut
Dengan wujudnya KRT kampung Segangan ini, maka ianya akan mengukuhkan lagi perpaduan dan keharmonian penduduk. Suhaili menyarankan kepada pengerusi-pengerusi JKKK di setiap kampung menwujudkan KRT di kawasan masing-masing bagi membantu merealisasikan sasaran kerajaan dalam NKRA ( keselamatan )

Persembahan kebudayaan Belia-Beliawanis Kg. Segangan
Selain itu, Suhaili juga mengingatkan, jika pemimpin bertelagah di antara satu sama lain, maka yang akan menjadi mangsanya ialah rakyat.

Pendaftaran Pemilih Baru untuk pengundi baru
Bagaimana seseorang pemimpin itu hendak memajukan kawasannya jika asyik bertelagah dan bergaduh sesama sendiri sedangkan rakyat amat memerlukan pembangunan dan prihatin mengenai masalah yang sedang mereka hadapi.

Oleh itu beliau berharap, agar semua pemimpin-pemimpin di peringkat daerah dan kampung sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur, bekerjasama, dan sentiasa mendampingi rakyat di kawasan masing-masing dan melaporkan kepada pihak berwajib mengenai lapora-laporan yang diterima daripada masyarakat setempat mengenai masalah yang di hadapi oleh mereka.

Dalam masa yang sama beliau berharap agar melibatkan golongan-golongan belia dan remaja dalam apa juga aktiviti yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan bagi memberi peluang kepada belia-beliawanis menambahkan lagi pengetahuan dan pengalaman.


Junaidi Simon - Pegawai Perpaduan dan Integrasi Lahad Datu
Tambahnya lagi, bagi memastikan golongan remaja dan belia bebas daripada gejala sosial maka semua pihak termasuk ibu bapa perlu memberi perhatian dan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak remaja.

Dengan itu, apabila anak-anak mendapat perhatian yang baik dari ibu bapa , maka akan kurangnya gejala-gejala yang kurang baik berlaku di kampung, taman dan sebagainya Ini sudah tentu akan mengurangkan beban ketua masyarakat di sesebuah kampung menyelesaikan pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh remaja dan belia, ujarnya.

Hadir sama pada majis tersebut ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Haji Abd Hakim, Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin selaku pengerusi pelaksa majis perasmian, En. Junaidi Simon Pegawai Perpaduan dan Integrasi kawasan Lahad Datu dan semua ketua masyarakat kawasan Tungku

Kursus Celik Komputer yang diadakan pada 04 dan 05. Disember. 2010 di bilik mesyuarat UPKR N49 Tungku
Di majlis itu juga, Suhaili menyampaikan sijil kursus celik komputer kepada semua ketua-ketua kampung dan pengerusi-pengerusi JKKK DUN Tungku yang telah menghadiri kursus komputer pada 04 dan 05 Disember.2010 lalu, yang dianjurkan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku.
Suhaili menyampaikan sijil kursus celik komputer kepada Pemaju Mukim Tambisan sambil diperhatikan Ibrahim Abd Hakim Penolong pengawai Daerah Kecil Tungku.

Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada ketua-ketua masyarakat di kawasan Tungku bagaimana mengendalikan komputer

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.