Ahad, September 11, 2011

Hayati perjuangan pemimpin kemerdekaan

Desa Kencana : Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tungku YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said menyeru kepada penduduk di kawasan Desa Kencana Felda Sahabat agar menghayati perjuangan pemimpin terdahulu dalam memerdekaan Malaysia.

Inilah adalah satu perjuangan yang amat besar kepada Negara, bangsa dan agama. Tanpa perjuangan mereka, hari ini kita tidak berada di sini bersama-sama menyambut kemerdekaan dan aidil fitri, kata Suhaili ketika menyempurnakan Majlis Merdeka Raya anjuran pengurusan Felda Wilayah Sahabat baru-baru ini.

Kita haruslah memahami merdeka dengan erti kata kita menghormati diri kerana apabila kita merdeka, Negara ini adalah milik kita bersama. Kebebasan yang bersandarkan kepada prinsip undang-undang adalah anugerah Allah SWT yang tidak ternilai.

Katanya lagi, merdeka itu memberi impak dan kesan besar kepada kemanusiaan. Dengan merdeka hari ini anak-anak kita ramai masuk Universiti, kolej-kolej dan berjaya dalam bidang yang diceburi.

Melihat kepada senario tersebut, kita haruslah menunjukkan kesyukuran kita dengan memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional yang telah banyak berjasa sejak Malaysia merdeka lagi.

Ujarnya lagi, bertepatan dengan konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, adalah satu slogan yang mengutamakan rakyat. Kerajaan begitu komited dalam membangunakan Negara dan memberi pelbagai kemudahan prasarana untuk kesejahteraan rakyat keseluruhaannya.

Kita lihat hari ini, para peneroka di kawasan felda telah dapat menjadi satu komuniti yang berjaya samada dalam bidang perniagaan, pendidikan dan seterusnya dapat mengubah cara kehidupan dengan lebih baik lagi, katanya.

Jesteru itu, Suhaili juga mengharapkan agar penduduk kawasan Felda Sahabat dapat mengwujudkan satu suasana dan perpaduan di kalangan masyarakat Felda. Dengan kerjasama pihak pengurusan yang sentiasa prihatin dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh pada peneroka, maka sudah tentu akan melahirkan keharmonian dan bersatu-padu.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengurus Besar Felda Wilayah Sahabat Haji Juany Haji Salleh, Pemimpin Kemajuan Rakyat Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin dan pengurus-pengurus rancangan Felda Sahabat.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.