Isnin, September 19, 2011

Rumah terbuka wakil rakyat Tungku YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said

Tungku : Walaupun Aidil Fitri berada dipertengahan Syawal tetapi kemeriahan sambutan rumah terbuka YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tungku begitu meriah.

Kehadiran masyarakat Tungku diluar jangkaan pihak penganjur sehinggakan perkarangan dewan dipenuhi oleh orang ramai
Rumah terbuka ini diadakan di dewan Sri Panglima Ladtang, Kg. Segangan yang dianjurkan oleh Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku bersama Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung dan KIRT kg. Segangan.

Suhaili dalam ucapannya berkata, rumah terbuka ini diadakan bagi memberi peluang kepada masyarakat di kawasan Tungku hadir dan seterusnya dapat mengeratkan silaturrahim di antara satu sama lain.

Katanya lagi, sambutan ini juga dapat menyatukan masyarakat di kawasan Tungku apabila pelbagai suku kaum, yang hadir.

“ Saya percaya rakyat di kawasan Tungku telah merealisasikan seruan Perdana Menteri Datu Seri Najib Tun Abd Razak dengan slogan 1 Malaysia berasaskan bersatu padu tanpa mengira fahaman agama dan suku kaum ”.

Tambahnya lagi, jika sesuatu kaum atau masyarakat tidak bersatu, akan dikhuatiri melemahkan semangat perpaduan yang sudah terjalin sekian lama.
Suhaili menyeru agar masyarakat di kawasan Tungku dapat mengekalkan dan meningkatkan semangat perpaduan demi untuk kesejahteraan dan keharmonian Negara.

Persembahan tarian Tabilog oleh belia-beliawanis Kg. Segangan
Suhaili yang juga Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah ( MUIS ) berkata, kita juga haruslah mensyukuri segala nikmat pembangunan yang telah disalurkan oleh kerajaan di kawasan Tungku. Manfaatkan segala kemudahan dan insfrastruktur untuk kebaikan rakyat secara keseluruhannya.

Datu Baniamin
Sementara itu, Pemimpin Kemajuan Rakyat Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin merangkap pengerusi pelaksana majlis tersebut berkata, dengan kehadiran 2000 masyarakat Tungku pada malam ini, menunjukkan sokongan rakyat kepada YB Datuk Mohd Suhaili khususnya Barisan Nasional di Tungku amat kuat.

Pelbagai lapisan masyarakat hadir. Ini adalah diluar jangkaan pihak pengajur dan seterusnya dapat memeriahkan lagi rumah terbuka wakil rakyat Tungku.

Dalam majlis tersebut, pelbagai persembahan kebudayaan dipersembahkan termasuk tarian tradisional suku kaum Idahan ‘ Tabilog ’ oleh belia-beliawanis kg Segangan.

Turut memeriahkan lagi bekas vokalis kumpulan Raihan Ustaz Nazrie Johani mempersembahkan lagu-lagu nasyid semasa era kegemilangan kumpulan Raihan suatu ketika dulu.

Ust Nazrie Johani turut dijemput bagi memeriahkan lagi majlis tersebut
Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku Ibrahim Haji Abd Hakim, ketua Puteri Umno Silam Puan Mizmah Appedullah dan ketua-ketua masyarakat di kawasan Tungku.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.