Selasa, September 13, 2011

Ekspedisi Merdeka Puncak Begahak

Tungku : Sempena bulan kemerdekaan Malaysia ke 54, Pejabat Daerah, UPKR ( Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat dan Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Tungku telah menganjurkanEkspedisi Merdeka Pucak Begahak yang pertama kali diadakan sejak Tungku menjadi Daerah Kecil sejak 2007.

SUHAILI melepaskan peserta Ekspedisi Merdeka Puncak Begahak bersama-sama Penolong Pegawai Daerah Tungku
Ekspedisi ini disertai oleh kakitangan pejabat daerah Tungku, pejabat MHEANS Tungku, UPKR Tungku, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua kampung dan pengerusi-pengerusi JKKK kawasan Tungku yang diketuai sendiri oleh penolong pegawai daerah kecil Tungku Ibrahim Haji Abd Hakim.

Para peserta mengambil kesempatan bergambar bersama Suhaili di perkarangan Pejabat Daerah Kecil Tungku
Menurut Juruteknik Pejabat Daerah Kecil Tungku En. Vektor Asek, ekspedisi menawan puncak Begahak yang disertai oleh beberapa lapisan masyarakat di sekitar Tungku tanpa mengira bangsa dan agama adalah wajar dilakukan terutama bagi masyarakat yang belum pernah ke puncak Begahak.

Keindahan Alam Semuajadi Begahak memukau mata memandang
Ujarnya lagi, di puncak ini kita dapat mengetahui banyak tentang kewujudan sejarah yang dikenali sebagai ' Bulud Sung '. Tempat ini boleh dimajukan untuk dijadikan salah satu pusat perlancongan dengan keindahan alam semulajadinya yang unit dan mampu memberi pendapatan melalui sektor perlancongan kepada daerah Tungku khususnya negeri Sabah di bawah bayu.

SUHAILI
Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) kawasan Tungku YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said berkata penganjuran ekspedisi ini amat bertepatan dengan sambutan kemerdekaan Malaysia.

Ini adalah kerana , disamping dapat mempromosikan sektor perlancongan di Tungku, ianya juga memberi inspirasi kepada para peserta ekspedisi agar menanamkan semangat pariotik mempertahankan nikmat kemerdekaan pada hari ini.

Katanya lagi, walaupun daerah Tungku di peta Sabah berada paling timur dan daerah kecil tetapi keindahan alam semulajadinya yang memukau mata memandang seperti Tg. Atiam ( Titik Rujukan Paling Timur di Malaysia ), Felda Recidence Resort dan lain-lain lagi.

Ibrahim, Abdillah dan Hj. Abd Kayum turut serta dalam ekspedisi menawan Begahak
Apatah lagi, Tungku yang dikenali sebagai di antara pengeluar rampai laut terbesar di pantai timut Sabah membolehkan Tungku salah satu daerah yang berdaya saing dengan daerah-daerah lain di negeri Sabah.

Merakamkan gambar di puncak Begahak sebagai kenangan
Tambahnya lagi, dengan hasil perladangan kelapa sawit yang dihasilkan oleh Felda dan syarikat-syarikat swasta lain menjadikan Tungku salah satu daerah yang menyumbang hasil pertanian tertinggi di Malaysia.

SUHAILI menyerahkan jalur gemilang kepada Ketua Daerah Tungku En. Abdillah Hamzah
Dengan adanya sektor perkilangan, perladangan dan perindustrian di daerah Tungku maka akan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak muda.

Ketua-Ketua Masyarakat Dusun Begahak turut sertai dalam ekspedisi menawan puncak Begahak
Dalam majlis itu juga, Suhaili menyumbangkan beberapa sumbangan keperluan dapur kepada orang-orang yang tidak berkemampuan yang hadir pada majlis tersebut. Beliau juga turut mengagih-agihkan jalur gemilang kepada ketua-ketua jabatan, ketua-ketua kampung, pengerusi-Pengerusi JKKK di daerah Tungku.

Hadir sama Pemimpin Kemajuan Rakyat Tungku, Datu Baniamin Datu Jamaluddin dan Pegawai Kemajuan Masyarakat Tungku Kamarudin Haji Hamid.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.