Ahad, Ogos 28, 2011

Amalkan sikap tolong menolong

Perlukan perhatian... GolonganAsnaf ini sentiasa mendapat perhatian Suhaili
Tungku : Ahli Dewan Undangan Negeri N49 Tungku Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said menyeru kepada semua penduduk di kawasan Tungku agar mengamalkan sikap tolong menolong diantara satu sama lain bagi mengwujudkan suasana harmoni dan mengeratkan silaturrahim.

Ini penting bagi melahirkan satu masyarakat yang bertamadun yang akan menjadi contoh kepada generasi muda pada hari ini, kata Suhaili ketika menyempurnakan penyampaian Zakat kepada 50 golongan Asnaf di kawasan Kg. Segangan baru-baru ini.

“ Bila ada majlis bergotong-royong, libatkan diri untuk sama-sama menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan, sosial dan kemasyarakatan, ” ujarnya lagi.

SUHAILI  menyampaikan Sajadah untuk kegunaan Masjid di Tungku
Dalam masa yang sama, Suhaili juga berharap agar masyarakat di kawasan Tungku dapat mengamalkan sikap bertolak ansur dan beramah mesra demi memperkukuhkan lagi perpaduan.

Tanpa perpaduan, maka tidak akan timbul keharmonian. Sebagai contoh katanya, di Negara-negara Asia Barat seperti Libya, kekecohan berlaku disebabkan unsur-unsur kesefahaman dikalangan rakyat telah diabaikan. Oleh itu tanda hormat menghormati tidak lagi menjadi pegangan dan rakyat bebas melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang, katanya.

Di Malaysia tidak mustahil perkara ini boleh berlaku jika kita tidak mempertahankan budaya hormat-menghormati dan bertolak-ansur. Sudah tentu Negara akan menjadi hura-hara dan ekonomi akan lemah. Pelabur-pelabur dari luar tidak akan datang atau keluar dari melabur di Malaysia. Ini akan mengakibatkan ramai akan kehilangan pekerjaan. Kesannya amat merbahaya kepada kestabilan ekonomi dan perpaduan Negara.

Haruslah mensyukuri segala nikmat yg dianugerahkan Allah kepada kita
Katanya lagi, jika kita tidak mensyukuri segala nikmat kemerdekaan yang Allah SWT berikan selama ini, tidak mustahil kita akan kehilangan segala yang telah kita nikmati selama ini. Ujarnya lagi, bersatu padu itu adalah wajib dalam agama Islam.

Sempena di bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran untuk kita mempertahankan kemerdekaan yang apatah lagi kita tidak lagi akan menyambut kemerdekaan.

Hadir sama pada majlis tersebut Penolong Pegawai Daerah Tungku Ibrahim Haji Abd Hakim, Pegawai Tadbir agama Lahad Datu Haji Gaspar Sari, Pemimpin Kemajuan Rakyat Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin dan Ketua anak Negeri Tungku Haji Abd Malek Haji Aidala.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.