Tungku – Bulan Ramadhan adalah bulan mulia yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hamba-hambanya yang ingin mengambil kesempatan dalam memperbaiki diri agar sentiasa bertakwa kepadaNya.
Oleh itu, ambillah kesempatan yang ada kerana bulan Ramadhan hanya sekali dalam setahun untuk kita diberi peluang bertaubat dan menambahkan amal ibdah. Di dalam bulan tersebut itu juga pahala akan dilipatgandakan oleh Allah SWT, kata Suhaili Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tungku ketika menyampaikan bantuan zakat kepada 208 orang penerima di zon Tungku baru-baru ini yang terdiri dari ibu tunggal, anak-anak yatim dan saudara baru ( Mualaf ).
Katanya lagi, umat Nabi Muhammad SAW adalah umat yang sangat bertuah kerana dianugerahkan bulan yang penuh dengan keberkatan.
Dengan puasa juga kita dapat mendidik diri kita agar sentiasa merasakan bagaimana kehidupan orang-orang miskin yang tidak mampu menyedikan juadah harian. Ini adalah salah satu hikmah yang sangat bermanfaat untuk kita sentiasa mensyukuri nikmat yang dianugerahkan kepada kita.
Dalam majlis itu juga Suhaili menyampaikan sumbangan dari Pusat Zakat Sabah berupa tikar sejadah gulung dan kipas kepada pengerusi-pengerusi masjid di kawasan Tungku.
PRIHATIN... Suhaili menyampaikan bantuan Zakat kepada salah seorang ibu tunggal |
Suhaili yang juga Pengerusi MUIS ( Majlis Ugama Islam Sabah ) berkata, pelbagai bantuan yang kerajaan akan sediakan melalui pelbagai agensi seperti Pusat Zakat Sabah, Amanah Raya berhad, badan-badan NGO dan sebagainya.
Suhaili menyampaikan sajadah dan kipas kepada pengerusi Masjid kawasan Tungku |
Terbukti program seperti ini dapat memberi manfaat khususnya kepada rakyat yang kurang bernasib baik untuk dibantu bagi meningkatkan taraf ekonomi kehidupan mereka kepada yang lebih baik lagi.
Cenderakenangan... Suhaili menerima cenderahati dari Ketua Kampung Mundas KK Wahab Zainuddin |
Tambahnya lagi, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat bagi merealisasikan matlamat membasmi kemiskinan dalam arus pembangunan Negara yang semakin pesat membangun di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.
Walaupun daerah Tungku berada di luar Bandar tetapi pembangunan sentiasa datang dan memberi manfaat kepada rakyat seperti bekalan air bersih, menaik taraf jalan raya ke aspal dan sebagainya. Ini adalah kerana kerajaan begitu komited dalam menyalurkan pelbagai pembangunan agar rakyat sama-sama menikmati dan hidup dalam keadaan harmoni, ujarnya lagi.
Kita juga haruslah bersatu untuk menguatkan lagi perpaduan yang sedia terjalin, kerana jika kita sentiasa bersatu Allah SWT akan memberi rahmat dan nikmat yang mencurah-curah tanpa kita sedari.
Dalam masa yang sama, dibulan ramadhan yang mulia ini, amalan sedekah hendaklah ditingkatkan, kerana amalan tersebut akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan rakyat.
Penerima Zakat kawasan Zon Tungku |
Oleh itu, saya berharap agar penduduk di kawasan Daerah Tungku dapat mengekal dan meningkatkan semangat perpaduan untuk kita sama-sama mempertahankan keharmonian dan kemerdekaan Negara Malaysia tercinta.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Haji Abd Hakim, Pemimpin Kemajuan Rakyat Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Pusat Zakat Sabah dari Kota Kinabalu En. Mohd Nizam dan ketua Daerah Tungku En. Abdillah Hamzah.
0 Hantarkan Komen Anda di sini:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.