Jumaat, Ogos 21, 2009

Taklimat Loji Janakuasa Arang Batu

Turut hadir Ketua Anak Negeri Tungku, En. Abdillah Hamzah





Pada 20hb. Ogos. 2009 di Felda Residence Sahabat, Felda Sahabat 16, telah diadakan taklimat mengenai Loji Janakuasa Arang Batu kepada penduduk Kg. Sinakut dan pemimpin-pemimpin tempatan di kawasan Tungku bagi memberi penerangan pembinaan Loji Janakuasa Arang Batu di Kg. Sinakut, Tungku. Taklimat ini telah disampaikan oleh Lahad Datu Energy Sdn Bhd, di mana penerangan mengenai kesan terhadap kesihatan penduduk tempatan, hidupan laut, haiwan di darat, hutan simpan dan pencemaran udara. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Lahad Datu En. Zulkefle Bin Nasir. Beliau memaklumkan bahawa, akan disediakan perkampungan baru untuk penduduk di Kg. Sinakut setelah persetujuan daripada penduduk kampung Sinakut diperolehi. Perkampungan ini diwujudkan bagi memindahkan penduduk kg. Sinakut yang terlibat dengan kawasan pembinaan Loji Janakuasa Arang Batu. En. Zulkefle memaklumkan akan membawa setiap pandangan dan cadangan orang-orang kampung Sinakut ke Setiausaha Kerajaan Negeri dan akan dibincangkan di peringkat Kabinet. Tapak yang telah dikenal pasti ialah di kawasan Tanah Rancangan Felda seluas 67 ekar yang bersempadan dengan kampung Sinakut . Felda akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi pembinaan Loji Janakuasa Arang Batu tersebut. Dengan terbinanya Loji Janakuasa Arang Batu ini, maka ianya akan memberi impak dan kesan yang sangat besar kepada pembangunan Daerah Tungku dan Lahad Datu. Sebagaimana sedia maklum, masalah bekalan elektrik di kedua-dua daerah ini amat kritikal, kerana pertambahan industri yang semakin pesat membangun.
Menurut Lahad Datu Energy Sdn Bhd, pembinaan Loji Janakuasa Arang Batu tidak akan memjejaskan aktiviti seharian penduduk setempat. Ini terbukti apabila Loji Janakuasa Arang Batu di Kapar Selangor masih beroperasi sehingga ke hari ini. Ini disebabkan kerana setiap Loji Janakuasa Arang Batu perlu mendapat kelulusan daripada Kajian Terperinci Alam Sekitar ( EIA ) termasuk aspek pencemaran terkawal dan sentiasa dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.