Rabu, Ogos 12, 2009

Lawatan Ketua Anak Negeri Ke Felda Sahabat


Ketua Anak Negeri N49 Tungku, En, Abdillah Hamzah telah mengadakan lawatan kerja ke kawasan Felda Sahabat bersama-sama Pegawai Kemajuan Masyarakat Tungku En. Kamarudin Bin Hamid dan Wakil Ketua Anak Negeri N49 Tungku En. Datu Ramlie Bin Datu Mayong. Lawatan tersebut turut diiringi oleh Wakil Ketua Anak Negeri kawasan Felda Sahabat En. Datu Ibrahim Bin Datu Halun. Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri keadaan penduduk peneroka di Felda Sahabat.

Beliau difahamkan bahawa pelbagai suku kaum yang tinggal di kawasan Peneroka Felda Sahabat. Oleh yang demikian, beliau berharap kepada Wakil Ketua Anak Negeri kawasan Felda En. Datu Ibrahim Bin Datu Halun agar dapat memahami adat-istiadat mengikut suku kaum, supaya apabila berlaku masalah yang melibatkan masalah adat istiadat , maka bolehlah diselesaikan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Sebelum itu, En. Abdillah, telah melawat beberapa gelanggang sukan, bagi melihat persiapan bagi sukan liga Komuniti Adun N49 Tungku yang akan diadakan pada 15hb dan 16hb. Ogos ini.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.