Rabu, Ogos 05, 2009

Kebakaran di Silabukan, Peringkat 1







Dua buah rumah telah musnah dalam kebakaran pada selesa, rumah tersebut musnah sama sekali apabila api begitu cepat merebak kerana cuaca kemarau dan angin bertiup kencang sejak kebelakangan ini. Menurut Pengerusi JKKK kg. Silabukan, Peringkat 1 En. Paidi Ringkawah, pihak bomba juga telah membantu dalam memadamkan kebakaran tersebut, tetapi oleh kerana Kg. Silabukan Peringkat 1, agak jauh dari bandar Lahad Datu ( Bomba ), maka rumah tersebut tidak dapat diselamatkan. Anggaraan kerugian ialah RM100,000.00 setiap rumah. Hadir menyampaikan bantuan berupa makanan asas kepada mangsa kebakaran ialah Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Bin Hamid mewakili YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said yang masih berada di Kota Kinabalu, menghadiri persidangan Dewan. Turut hadir Penyelia Kemajuan Masyarakat N49 Tungku, En, Abd Majid Bin Alam, Pemaju Mukim Silabukan En. Abd Hadji Bin Asari. Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku juga akan membantu mangsa kebakaran dengan menguruskan permohonan Program Rumah Rakyat Termiskin. Buat masa ini, mangsa kebakaran Thomas Chang Serdang ditempatkan di SK Stepen dan Puan Nancy Berinai tinggal dengan keluarga terdekat di Kg. Silabukan Peringkat 1.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.