Rabu, Mei 18, 2011

Majlis Penyerahan Rumah Projek Yayasan Sabah Bersama Rakyat

Tungku ( Kg. Barigas ) : Majlis Penyerahan Rumah Projek Yayasan Sabah kepada penerima di Kampung Barigas baru-baru ni telah mengubah senario sokongan rakyat di kawasan Tungku kepada Barisan Nasional ( BN ) kerana keperihatinan kerajaan bagi membasmi kemiskinan sifar secara berterusan dan mencapai sasaran yang tepat.
Majlis ini dianjurkan oleh Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku, Jawatan Kuasa kemajuan dan keselamatan kampung Barigas dengan kerjasama Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Selatan yang disempurnakan YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tungku.
Suhaili
Suhaili berkata perbandingan pembangunan di Tungku dulu dan sekarang adalah amat ketara sekali. Ini adalah kerana kerajaan pada hari ini amat komited membangunkan pelbagai prasarana dan kemudahan untuk kesejahteraan rakyat di Tungku.
Katanya lagi, sebagai satu contoh ialah projek MESEJ di kampung Nala yang akan dibuka tidak lama lagi memberi manfaat kepada penduduk miskin tegar supaya dapat mengubah kehidupan kepada yang lebih baik lagi.
Kita harus melihat dan berfikir secara rasional agar segala pembangunan yang dibawa oleh kerajaan adalah semata-mata memberi kesenangan kepada penduduk di Tungku.
Abd Rasa Sari
Janganlah hanya kerana tidak mendapat apa yang dihajatkan terus menunding jari kepada kerajaan . dengan mengatakan kerajaan tidak prihatin kepada rakyat. Walhal Kerajaan Barisan Nasional ( BN ) begitu komited memberi pelbagai peluang pekerjaan, perniagaan dan kemudahan untuk dinikmati oleh rakyat.
Tambahnya lagi, rakyat harus bijak merebut peluang yang sentiasa terhidang agar mudah untuk mereka menikamati dan seterusnya mensyukurinya
Dalam masa yang sama, kita juga seharusnya membantu meningkatkan ekonomi Negara dengan menceburi bidang perniagaan seperti penanaman kelapa sawit, pemeliharaan agar-agar dan sebagainya.
Saya percaya, rakyat di Kampung Barigas ini akan terus mengekalkan sokongan kepada Barisan Nasional pada Pilharaya Umum akan datang supaya pembangunan dapat diteruskan.
Haji Sulaiman
Menurut Hai Sulaiman Haji Osman Ketua Pentadbir Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Selatan dengan pelbagai pembangunan yang dibawa oleh kerajaan pada hari ini, maka rakyat haruslah menterjemahkannya melalui sokongan yang tidak berbelah bagi. Ini adalah faktor ke arah mejadikan Malaysia satu Negara membangun dan maju pada tahun 2020.
Sayai juga dari keluarga yang susah. Berkat usaha kedua ibubapa saya, kami telah berjaya mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran. Inilah cita-cita saya selama ini untuk membantu anak bangsa agar berjaya dan seterusnya menjadi  insan yang berguna kepada Negara, katanya lagi.
SIMBOLIK... Suhaili memotong reben bagi menandakan penyerahan Rumah PPRT kepada Pn. Fatimah Ambong
Suhaili menerima cenderakenangan dari Haji Sulaiman
Sementara itu, Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Barigas, En. Abd Rasa Sari melahirkan rasa terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional melalui tanggunjawab sosial Yayasan Sabah begitu komited dan prihatin kepada permasalahan rakyat di kampungnya. Ini adalah kerana pada hari ini telah terbukti segala janji dan manifesto pada Piliharaya yang lepas telah dilaksanakan.

Merakamkan gambar kenangan Haji Sulaiman dan Suhaili di Rumah Fatimah Ambong di Kg. Barigas
Ini bukanlah sekadar retorik yang tiada asas. Lihatlah pelbagai pembangunan yang sedang dan telah dilaksanakan di kawasan Tungku. Berkat hasil usaha Wakil Rakyat Tungku YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili yang sentiasa turun padang bagi mendengar permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.
Saya sendiri telah banyak kali mengikuti YB turun padang. Begitu komitednya mentranformasi dan menyelami masalah rakyat. Inilah wakil rakyat yang kita mahukan. Membela dan membawa masalah-masalah rakyat ke pihak-pihak yang bertangungjawab untuk diselesaikan.

Dalam majlis tersebut Puan Fatimah Ambong telah terpilih menerima sebuah rumah PPRT yang di bina oleh Yayasan Sabah dan diserahkan sendiri oleh YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili.
Beliau melahirkan rasa syukur kerana telah terpilih untuk menerima rumah PPRT. Dengan keadaan rumah lama begitu daif, maka kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional ( BN ).
Suhaili menunjukkan permohonan rumah PPRT bagi tindakan Yayasan Sabah
Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Haji Abd Hakim, Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin dan Ketua Daerah Tungku En. Abdillah Hamzah.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.