Tungku ( Kg. Manar ) : Sempena sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tungku bertemakan " Fahaman Terhadap Kebudayaan, Langkah Bijak ke Hadapan adalah menjadi asas yang kukuh untuk memperkukuhkan iltizam baru bagi memperkasakan dan memantapkan perpaduan dikalangan rakyat di negara ini.
Walaupun pelbagai isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mempertikai dan mencabar perpaduan negara, kerajaan Barisan Nasional telah dapat mempertahankannya demi untuk kesejahteraan negara, bangsa dam agama, ujar Suhaili ketika merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tungku di Dewan Sri Begahak, Kg. Manar baru-baru ini.
Tambahnya lagi, peranan ketua-ketua kampung dan Pengerusi-Pengerusi JKKK menyampaikan pelbagai maklumat termasuk pengorbanan pemimpin terdahulu menuntut kemerdekaan. Jika kita melihat kembali perjuangan pemimpin terdahulu bagaimana susahnya mereka menuntut kemerdekaan, kita akan menghargainya dan seterusnya mempertahankannya demi negara yang tercinta
Sebagai mata dan telinga kerajaan di akar umbi, Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi JKKKK juga haruslah menjelaskan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan secara terperinci.
Ini adalah kerana, jika rakyat tidak dijelaskan mengenai pembangunan yang dibawa oleh kerajaan, maka rakyat akan mudah terpengaruh dengan dakyah pihak yang tidak bertangungjawab, sedangkan pembangunan berlaku tetapi mereka nafikan, katanya lagi.
SIMBOLIK... Perasmian Suhaili memukul gong sebanyak 7 kali sebagai tanda perasmian sambutan |
Suhaili berharap agar penduduk di kawasan Tungku bersatu padu dan berganding bahu memberi sokongan kepada Barisan Nasional ( UMNO ) kerana hanya BN yang boleh membawa perubahan kepada pembangunan negara khususnya.
Persembahan kebudayaan dari Suku Kaum Dusun Begahak |
Sementara itu Pengerusi Jawatan Kuasa Sambutan Pesta Kaamatan peringkat Tungku En. Ibrahim Abd Hakim berkata penglibatan semua pemimpin masyarakat di Tungku melibatkan diri ke majlis-majlis yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Tungku.
Persembahan Kebudayaan dari suku kaum Suluk |
Katanya lagi, dengan tema " Fahaman Terhadap Kebudayaan Langkah Bijak Ke Hadapan " adalah bertepatan dengan konsep 1 Malaysia yang menyerapkan pelbagai budaya menyatukan rakyat Malaysia.
Persembahan Kebudayaan dari suku kaum Bajau |
Menurut En. Alin Kiang, Pengerusi Pelaksana sambutan, nilai murni yang ditonjolkan melalui sambutan pesta Kaamatan ini menjadi pemangkin kepada kemajuan diri, keluarga dan masyarakat daerah.
Pemeriksaan kesihatan turut memainkan peranan dalam sambutan pada tahun ini dengan membuka kaunter |
Ini adalah kesempatan bagi kita semua untuk melihat semula pencapaian sepanjang tempoh yang lepas dan merenung ke hadapan tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan ditahun hadapan sebagai mewujudkan masa depan yang lebih baik lagi.
0 Hantarkan Komen Anda di sini:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.