Selasa, Mei 17, 2011

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Suhaili
Tungku ( Anjung Teduh ) : Pendidikan merupakan wadah utama menentukan perkembangan kemajuan dan kemakmuran negara.

Pendidikan menjadi peneraju dalam membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berkeperibadian mulia, kataq Suhaili ketika merasmikan Karnival Hari Gulu SK Sahabat 02 baru-baru ini.

Katanya lagi, sejarah telah membuktikan pendidikan berjaya membina tamadun sesebuah masyarakat dan menjamin keutuhan sesuatu empayar.

Kegemilangan zaman empayar Rom, keaguungan kerajaan Islam Abbasiyah dan kemasyhuran Dinasti Ming di China dicapai melalui kepesatan pelbagai bidang ilmu, termasuk bidang sains dan teknologi.

Siapalah yang dapat menafikan bahawa sesungguhnya tunjang utama dalam kemajuan pendidikan tidak lain dan tidak bukan adalah guru, ujarnya lagi.

Abu Haris
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru SK Sahabat 02 En. Abu Haris Masahuddin berkata, guru adalah perantara ibubapa bagi menyelesaikan dan membincangkan masalah yang timbul bagi kemajuan pendidikan di sesebuah sekolah.

Beliau juga memohon jasa baik YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili agar masalah bekalan letrik di SK Sahabat 02 dapat diselesaikan oleh pihak kementerian pendidikan secepat mungkin

Dengan adanya bekalan letrik 24 jam sehari di SK Sahabat 02 tersebut, maka ianya akan memberi keselesaan kepada guru-guru dan pelajar, kata lagi.

Marjan
Guru Besar SK Sahabat 02 Marjan Haji Bahajan berkata, dengan kepimpinan YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili di Tungku maka ianya akan membawa transformasi pembangunan yang berterusan dan manfaat kepada rakyat di kawasan Tungku termasuklah warga pendidik yang sememangnya  mengharapkan
satu perubahan besar dalam membentuk modal insan yang cemerlang.

Katanya lagi, program transformasi Kerajaan yang merangkumi pelan hala tuju Malaysia menjelang 2020 yang dilancarkan pada awal tahun 2010 mengariskan beberapa pelan tindakan berkaitan sistem pendidikan Malaysia.

Sasaran utama adalah untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar. Bidang yang menjadi tumpuan adalah prasekolah, kemahiran asas literasi dan numerasi, Sekolah Berpotensi Tinggi dan peningkatan prestasi Pengetua dan Guru besar.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.