Felda 28.03.2010 – Program Satu Komuniti Satu JPJ 2010 telah dirasmikan oleh YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili HJ. Said Ahli Dewan Undangan Negeri N49 Tungku merangkap Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah ( MHEANS ) di Kolej Integrasi Ilmu ( Kini ) Felda Sahabat.
Program satu Komuniti satu JPJ ( SKSJ ) adalah merupakan program di mana pada dahulunya dikenali sebagai JPJ BERSAMA RAKYAT ( JBR ). Program ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada masyarakat di luar bandar terutama warga emas dan orang asli dalam memperolehi lesen motosikal ( B2 ). Pengisian program ini seperti mengadakan sukan, ceramah agama dan sebagainya adalah bertujuan ingin merapatkan lagi hubungan silaturrahim di antara warga JPJ dengan masyarakat. Selain itu, JPJ juga turun padang dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti pembaharuan lesen memandu, pembaharuan lesen kenderaan motor ( LKM ), semakan senarai hitam, pembayaran saman dan sebagainya. Ini sudah tentu akan memudahkan kepada masyarakat di luar Bandar berurusan secara terus dengan Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ )
Seramai 271 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program ini di mana program ini bukanlah semata-mata hanya untuk memeperolehi lesen memandu motosikal tetapi ianya program yang amat bersesuaian dalam mencapai misi 1Malaysia ‘ Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan ’ dengan cara mendekatkan pegawai-pegawai JPJ dengan masyarakat setempat.
Dalam pada itu, YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili berkata dalam ucapannya, Dengan adanya program seperti ini ianya akan meringankan beban penduduk luar Bandar khususnya para peserta yang berumur 40 tahun keatas yang rata-ratanya merupakan peserta program sulung JPJ Lahad Datu yang diadakan di Tungku ini.
Sebagai ADUN di kawasan ini, saya ingin mencadangan agar program ini diadakan secara berterusan dan dibuka peluang kepada para belia yang berumur 18 tahun keatas yang rata-ratanya penganggur dan sememangnya tidak berkemampuan untuk ke kelas memandu di Bandar Lahad Datu. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada kakitangan JPJ Lahad Datu yang bertungkus lumus dengan sedaya upaya mereka menjayakan program ini dengan berulang – alik dari bandar Lahad Datu ke Tungku selama beberapa minggu.
Hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Koprat JPJ Putra Jaya En. Zairi Mat Ali, Penolong Pengarah Penguatkuasa JPJ Negeri Sabah En. Abd Rahman Datuk Zakaria, RGM Felda Wilayah Sabah En. Hj Juany Hj. Salleh, GM Felda Plantation En. Sow Kim Yaw, Penolong Pegawai Daerah Lahad Datu ( Pentadbiran ) En. Juraimin Hj. Jadil dan semua pegawai-pegawai JPJ Daerah Lahad Datu.
0 Hantarkan Komen Anda di sini:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.