Ahad, Mac 14, 2010

Majlis Perasmian Amanah Ikhtiar Malaysia Blok Silabukan Cawangan Lahad Datu

14 Feb Kg. Remang – Majlis perasmian Amanah Ikhtiar Malaysia Blok Silabukan Cawangan Lahad Datu diadakan di Dewan terbuka Sekolah Agama Rakyat Kg. Remang yang dirasmikan oleh YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said Ahli Dewan Undangan Negeri N49 Tungku merangkap Presiden Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah dan Ahli Lembaga Pengarah Felda yang dihadiri oleh semua sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Blok Silabukan.

Menurut Pengurus Cawangan Amanah Ikhtiar Malaysia cawangan Lahad Datu En. Suharno Ali, Amanah Ikhtiar Blok Silabukan ini adalah diantara blok yang terbaik di kawasan Daerah Lahad Datu dengan mempunyai rekod pembayaran balik pinjaman yang baik tanpa ada tunggakkan. Ini adalah satu usaha dan kerjasama daripada semua Sahabat AIM di Blok Silabukan. Oleh yang demikian En. Suharno berharap agar semua Sahabat-Sahabat di Blok Silabukan meningkatkan produktiviti dan kesungguhan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan ini sudah tentu ianya akan mencapat sasaran AIM membasmi kemiskinan dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi.

Dalam masa yang sama, YB Datuk Suhaili menasihatkan kepada semua ahli-ahli Sahabat di Blok Silabukan agar tidak mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan anak-anak walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti Amanah Ikhtiar. Memanglah kita digalakkan meningkatkan taraf ekonomi, membantu suami tetapi pendidikan dan pelajaran anak-anak adalah lebih penting. Di era masa kini, pendidikan amat penting bagi menjamin masa depan anak-anak di masa akan datang. Tidak ada salahnya seorang wanita berniaga tetapi, seimbangkanlah aktiviti luar para Sahabat AIM dengan masa di rumah.

Turut hadir pada masjlis tersebut ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Kemajuan Rakyat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid dan Ketua Anak Negeri Tungku En. Mukmin Anghai

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.