Rabu, Mac 10, 2010

Majlis Penyerahan Skim Bantuan Khas kepada Pelajar-Pelajar Miskin di Tungku

Lahad Datu 10 Mac - Seramai 61 orang pelajar dari sekolah menengah dan sekolah rendah di kawasan Tungku menerima Skim Bantuan Khas daripada Yayasan Sabah iaitu Sekolah Menengah Tungku, Sekolah Menengah Silabukan, Sekolah Menengah Agaseh, SK Stepen, SK Binuang, SK Pekan 1 & 2 dan SK Silabukan.

Majlis penyerahan Skim Bantuan Khas ( SBK ) tersebut dirasmikan oleh YB Mejar (K) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said Ahli Dewan Undangan Negeri N49 Tungku merangkap Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah. Majlis tersebut diadakan di Executive Hotel yang turut dihadiri oleh ibubapa pelajar yang menerima bantuan SBK.

Sesungguhnya dengan usaha Yayasan Sabah memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar di kawasan Tungku, adalah satu langkah yang baik dan merupakan satu kewajipan sosial daripada pihak badan-badan berkanun dan swasta. Usaha ini perlu mendapat sokongan untuk memberi ruang kepada syarikat-syarikat atau individu penyumbang dan memberi bantuan kepada pelajar yang layak, kata suhaili pada majlis tersebut.

YB Datuk berharap kepada penerima-penerima Skim Bantuan Khas agar menggunakan dengan sebaik-baikya bantuan tersebut bagi tujuan peningkatan mutu pendidikan dan mengurangkan beban ibubapa. Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak agar ianya tidak ketinggalan dari arus perkembangan pembelajaran yang semakin berubah dari semasa ke semasa. Dalam masa yang sama, Yayasan Sabah juga harus meneliti dan mengkali semula, agar penerima-penerima Skim Bantuan Khas ini ditambah kerana ramai lagi pelajar yang tidak berkemampuan atau diketegorikan sebagai miskin tegar untuk menerima bantuan tersebut.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah En. Jannah Hj. Umrah mewakili kepada Pengarah Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Hj. Sulaiman bin Hj. Osman, Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Yayasan Sabah Pantai Timur En. Aisal Mali, Pengetua SMK Silabukan Pn. Norsia Barni, Ketua Anak Negeri En. Abdillah Hamzah, Hj Abd Malek Hj Aidala, En. Mukmin Anghai,  Pegawai Jasa P188 Silam En. Mohd Saleh Asah, Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid, Pemaju Mukim Silabukan En. Abd Hadji Asari, Penyelia Kemajuan Masyarakat N49 Tungku Pn. Naimah Bte Abd Gafar, Pemaju Masyarakat En. Salleh Kamin Sajiran dan wakil-wakil ketua anak negeri kawasan Tungku Datu Ramlie Datu Mayong, En. Raman Abd Basar, Kamsit Asat dan Hj. Tikson Abu Kassim.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.