Selasa, Oktober 11, 2011

Pengerusi JKKK penting dalam pembangunan kampung

Komited ... Suhaili begitu komited dalam memberikan taklimat
Tungku : Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) kawasan Tungku YB Mejar (K) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said berkata pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung adalah nadi penting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah kampung. 

Ini adalah kerana, Pengerusi JKKK adalah pemimpin yang sentiasa rapat dan dekat dengan penduduk kampung apatah lagi menjadi mata dan telinga kerajaan menyampaikan apa sahaja permasalahan yang dihadapi oleh penduduk kampung.

Suhaili berkata demikian ketika mengadakan taklimat kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK ) kawasan Tungku di Pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat batu 5, jalan Tungku, Tengah Nipah baru-baru ini.

Pengerusi-Pengerusi JKKK yang hadir pada taklimat tersebut
Katanya lagi, dalam era yang semakin mencabar ini, kita hendaklah mengubah cara pendekatan dan kepimpinan agar sentiasa relevan dengan keperluan masyarakat kita pada hari ini.


Jika kita tidak berubah, kemungkinan besar kita akan ketinggalan dalam arus perubahan global yang menuntut kita supaya lebih bekerja keras di samping menambah ilmu pengetahuan tentang maklumat teknologi terkini.

Terdahulu Pemimpin Kemajuan Rakyat Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin berkata, Pengerusi-Pengerusi JKKK yang telah dilantik hendaklah menunjukkan komitmen kerja yang tinggi dan sentiasa menjalin kerjasama diantara penduduk kampung, pentadbiran daerah dan unit pemimpin kemajuan rakyat Tungku.

Tahniah...Suhaili menyampaikan Watikah perlantikan kepada Sazily Naga 

Tanpa sokongan dan kerjasama yang baik, kita tidak akan dapat memberikan perkhidmatan untuk rakyat, maupun mengenal pasti permasalahan penduduk kampung.

Oleh itu, beliau berharap agar semua pemimpin diakar umbi memberikan satu lonjakkan perubahan sebagaimana yang disarankan oleh Perdana Menteri Datu Seri Najib Tun Abd Razak, iaitu rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Dalam majlis itu juga, Suhaili telah menyampaikan perlantikan kepada 4 orang JKKK yang baru di kawasan DUN Tungku.


Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Haji Abd Hakim dan Ketua Anak Negeri Tungku En. Mukmin Haji Anghai, Pemaju Mukim Tambisan En. Nourdin Abd Rajin.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.