Sabtu, November 20, 2010

Lawatan YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili ke Pangsapuri Mutiara Kasih

Suhaili berbincang dengan penduduk Pangsapuri
Tungku : Lawatan YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili ke Pangsapuri Mutiara Kasih telah memberi impak yang besar kepada penduduk di Pangsapuri Mutiata Kasih, batu 5, jalan Tungku baru-baru ini.

Turut mengiringi lawatan tersebut ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Kemajuan Masyarakat Tungku Kamarudin Haji Hamid dan pemimpin-pemimpin masyarakat kawasan Tungku.

Dalam lawatan tersebut Suhaili juga turut mengunjungi Masjid Pangsapuri Mutiara kasih bagi melihat acara gotong royong menyediakan jamuan Aidil Adha yang julung-julung kalinya diadakan di Pangsapuri Mutiara Kasih.

Pelbagai suku kaum bergotong royong menyediakan jamuan
" Suhaili berkata, amalan gotong royong hendaklah diamalkan bagi memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat di sesuatu kawasan. Ini adalah penting agar ianya dapat mengwujudkan keharmonian dan kestabilan Pangsapuri Mutiara Kasih yang diduduki oleh pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai kaum ".

Beliau juga menasihatkan penduduk di Pangsapuri Mutiara Kasih agar bersatu-padu mengekalkan perpaduan dan keharmonian yang sedia wujud. Dengan itu apabila sesuatu acara atau program diadakan di kawasan ini, tidaklah menjadi masalah, untuk pihak pengurusan Pangsapuri Mutiara kasih mengadakannya.

Walaupun YB baru keluar dari hospital tapi sanggup turun padang berjumpa rakyat
Kita haruslah bersyukur dengan kerajaan Barisan Nasional ( BN ) kerana memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk membina satu perumahan berbentuk Pangsapuri bagi rakyat yang tidak memilik rumah.

Oleh yang demikian, beliau berharap agar penduduk yang mendapat rumah di Pangsa Puri Mutiara Kasih ini dapat melihat betapa prihatinnya kerajaan memahami segala masalah yang dihadapi oleh rakyat. Tidak akan wujudnya Pangsapuri yang sebegini indah kalau kerajaan tidak memahami masalah rakyat.

Diharap pihak pengurusan Pangsapuri Mutiara Kasih dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik agar segala masalah-masalah yang melibatkan penduduk dapat diatasi dengan segera seperti masalah bekalan air yang sentiasa terputus, kerosakan rumah dan sebagainya,katanya lagi.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.