Penduduk Kg. Sinakut yang hadir pada majlis tersebut |
Sebelum ini, dikatakan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan demi kepentingan politik semata-mata membantah pembinaan Stesen Janakuasa arang batu di Kg. Sinakut. Mereka yang membantah ini adalah bukan dari penduduk di kawasan Tungku, tetapi mereka ini datang dari luar kawasan Tungku.
SUHAILI semasa memberikan ucapan |
Adalah tidak adil kepada penduduk di kawasan Tungku, apabila bantahan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mempergunakan orang-orang di kawasan Tungku untuk mengaku bahawa mereka membantah pembinaan loji tersebut.
TERIMA KASIH DATUK - Sumbangan Generator untuk Surau |
Menurutnya lagi, peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk di Kg. Sinakut, khusus di sekitarnya adalah lebih cerah dan ini sudah tentu akan menambah pendapatan penduduk di Kg. Sinakut yang sekarang ini hanya bergantung kepada hasil laut.
A. Nagaraju turut menyampaikan sumbangan |
Jika Loji tersebut tidak selamat dan mencemarkan, kenapa di Semenanjung seperti Loji Janakuasa Manjong Perak dan stesen Janakuasa Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah tidak menimbulkan sebarang masalah kepada penduduk di sekitarnya ?
Oleh itu YB Datuk Suhaili berharap kepada penduduk yang tinggal di Kg. Sinakut agar tidak perlu risau tentang pembinaan Stesen tersebut, dan sebagai ADUN di kawasan Tungku memastikan manfaat dari pembinaan projek ini akan dapat dinikmati oleh semua penduduk di Kg. Sinakut. Kita telah memohon kepada kerjaaan agar sebelum projek ini dilaksanakan, disediakan penempatan baru untuk penduduk Kg. Sinakut yang terlibat.
A. Nagaraju, Ketua MIC Silam |
Saya sebagai pengerusi persatuan pengguna akan sentiasa memantau stesen ini dan sentiasa mendengar segala masalah yang timbul apabila loji tersebut beroperasi. Kenapa kita nak bantah, sedangkan loji tersebut belum dibangunkan lagi ?ujar A.Nagaraju lagi.
Turut hadir pada majlis yang diadakan di rumah kediaman Imam Abd Mutalib Alias ialah Pengarah Projek Lahad Datu Energy Sdn Bhd En. Ahmad Faraid Yahya, Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Ketua Daerah Tungku OKK Abdillah Hamzah, Ketua-Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung Tanjung Labian/ Sg, Merah/Sinakut Hj. Mahmud Mallang dan Pengerusi JKKK Kg. Sg. Merah/Sinakut En. Raut Bani.
0 Hantarkan Komen Anda di sini:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.