Hormat - Upacara menaikan Jalur Gemilang |
ADUN N49 Tungku Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said, menegaskan asas permuafakatan kaum yang kukuh kerana para pemimpin negara mengambil iktibar segala kesusahan ketiga mencapai kemerdekaan dari pihak penjajah.
Oleh sebab itu, tegasnya rakyat perlu mensyukuri nikmat kemerdekaan memungkinkan kita tidak dapat merasai apa yang dikecapi pada hari ini.
Beliau berkata, pemimpin terdahulu bertungkus-lumus untuk mencapai kemerdekaan demi membawa Malaysia keluar dari belenggu penjajahan.
Ini kerana, katanya, sejarah negara semasa dijajah penuh ranjau liku yang mendorong pemimpin kita bekerja siang dan malam semata-mata untuk mencapai kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos 1957.
" Tarikh 31 Ogos merupakan satu tarikh keramat yang menuntut setiap dari rakyat negara ini tanpa mengira kaum dan latar belakang sekali pun hendaklah mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cinta kepada negara. "
" Kalau tidak, sia-sia segala usaha dan penat-lelah pemimpin terdahulu untuk mencapai kemerdekaan dari pihak penjajah. "
" Apa yang perlu kita bimbangkan cubaan anasir luar yang mahu melihat negara ini sentiasa berpecah-belah tetapi jika kita bersatu maka apa pun sebarang cubaan tidak akan berhasil sebab kita menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi " jelasnya.
Suhaili yang juga Presiden Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah ( MHEANS ) menyatakan demikian ketika berucap menyempurrnakan Majlis Pengibaran Jalur Gemilang 2010 peringkat Daerah Kecil Tungku di perkarangan Urusetia, Pejabat Daerah Kecil Tungku di sini baru-baru ini.
Suhaili menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua Daerah |
Dalam hubungan ini, Suhaili menegaskan bahawa genarasi muda berperanan dalam mengekalkan keharmonian memandangkan mereka adalah aset kepada masa hadapan negara ini.
Justeru, ujarnya sebagai generasi yang menjadi harapan bangsa, agama dan negara maka golongan berkenaan perlu meningkatkan aspek kekuatan spiritual, fizikal, emosional, sosial an intelek bagi mengharungi cabaran dalam arus permodenan masa kini.
Ini kerana, katanya, kemajuan dunia hari ini menuntut setiap penduduk di bumi yang fana ini dilengkapi dengan ilmu pengetahuan kerana dikhuatiri akan ketinggalan jauh sekali gus membawa kerugian kepada sesebuah negara.
Adun Tungku itu turut menyeru penduduk di kawasan berkenaan agar melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan berkait rapat teknologi maklumat apatah lagi pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk kemudahan.
0 Hantarkan Komen Anda di sini:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.