16 April Lahad Datu - Program Sepakat Bestari Komuniti Bestari diadakan di Dataran Palma yang dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Datu Nasrun Bin Datu Hj. Mansur ADUN N50 merangkap Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri dan ditutup oleh Hj. Salleh Kalbi Ahli Dewan Rakyat P188 Silam. Pada sebelah malamnya ceramah disampaikan oleh YB Mejar (K) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said ADUN n49 Tungku. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat supaya dapat menggunakan maklumat secara bijaksana dalam menangkis tohmahan, dakyah dan fitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Selain itu, objektif program ini adalah untuk melibatkan seluruh komuniti supaya turut menyertai program dan memberi maklumat mengenai dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan. Meningkatkan pengetahuan masyarakat supaya dapat menggunakan maklumat secara bijaksana dalam mengukuhkan jati diri dan menjadi asas kepada kestabilan, sosial dan ekonomi negara. Membentuk golongan masyarakat yang bijak dalam menggunakan ilmu pengetahuan serta celik IT dalam meningkatkan keberkesanan penyebaran maklumat untuk pembangunan komuniti.
YB Mejar (K) Datuk Ustaz Mohd Suhaili berucap dalam program tersebut, program sepakat Bestari adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan pemimpin dan rakyat khususnya. Jabatan Penerangan adalah salah satu agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat-maklumat mengenai dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan. Dalam masa yang sama, ianya juga menjadi landasan kepada masyarakat untuk lebih mengetahui info-info terkini perjalanan dan hala tuju matlamat kerajaan seperti gagasan satu Malaysia yang diilhamkan oleh perdana menteri Malaysia Datu Seri Najib Tun Abd Razak.
Peranan setiap Jabatan adalah penting untuk merealisasikan dan menterjemahkan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Ini adalah kerana jabatan-jabatan adalah berperanan menyampai dan membantu masyarakat di dalam bidang masing-masing. Adalah lebih praktikal, melibatkan setiap jabatan apabila program seperti ini diadakan sebagaimana yang ada pada hari ini, ujarnya lagi.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Sabah En. Raymie Amiril, Pegawai Daerah Lahad Datu, En. Zulkeple Nasir dan pemimpin-pemimpin persekutuan dan negeri.
0 Hantarkan Komen Anda di sini:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.