Kg. Telisai - Kita akan sentiasa mengadakan pelbagai aktiviti seperti pertandingan Bola Sepak, Bola Tampar dan lain-lain sukan bagi memberi ruang kepada anak-anak muda di kawasan Tungku terlibat sama dalam program-program atau aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. Adalah jelas bahawa pemuda dan pemudi di Tungku tidak diabaikan malahan sebelum itu pelbagai aktiviti seperti kursus komputer, kursus menjahit diadakan bagi melibatkan remaja dan anak-anak muda. Dengan penganjuran seperti ini YB Mejar (K) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Ahli Dewan Undangan Negeri N49 Tungku berharap agar ianya dapat merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan anak-anak muda di Tungku dengan pemimpin-pemimpin akar umbi, selain dapat mencungkil bakat-bakat baru pemain Bola Sepak, ujar nya lagi.
Pertandingan ini disertai oleh 15 pasukan dari Zon Tungku, Zon Felda dan Zon Lahad Datu yang di adakan di padang SK Telisai, Tungku. Format perlawanan adalah 9 sebelah yang diadili oleh pengadil SAPA. Piala dan Trofi disumbangkan oleh YB Datuk Suhaili dan pertandingan ini akan diadakan setiap tahun bagi merebut kejuaraan Piala YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said ADUN N49 Tungku.
Menurut pengerusi penganjur kejohonan, En. Saharudin Resevelt, penyertaan kali ini amat mengalakkan kerana dengan penyertaan 15 pasukan dikejohanan ini, ianya adalah melebihi sasaran penganjur. Oleh yang demikian, En. Saharuddin berharap agar kejohanan Bola Sepak akan datang dapat disertai lebih banyak lagi pasukan dari ketiga-tiga zon. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili kerana menyumbangkan Piala dan Tropi dan seterusnya dapat meluangkan masa untuk hadir dan melihat sendiri perlawanan tersebut. Johan bagi pertandingan kali ini ialah Pasukan Bola Sepak PGA Batalion 17 Lahad Datu, naib juara Pagaria FC mewakili Zon Tungku dan ketiga pasukan bola sepak Felstar mewakili Zon Felda. Pemenang membawa piala iringan berserta tropi.
Mengiringi YB Datuk ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku, Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Ketua Daerah Tungku En. Abdillah Hamzah, Ketua Anak Negeri Tungku Hj. Abd Malek Hj. Aidala, Wakil Ketua Anak Negeri Tungku Datu Ramlie Datu Mayong, Pemaju Mukim Tungku Hj Abd Kayum Hj Omar, Ketua Kampung Telisai, En. Maihaddin Alibasa, Pengerusi JKKK Kg. Telisai En. Nohaji Naga dan Pengerusi Koperasi Telisai Berhad En. Mohd Amirol Hj. Hamid.
Gambar : YB sedang bersalaman dgn pemain dari Begahak Skim, sambil di perkenalan oleh En. Saharudin, selaku penganjur kejohanan.
0 Hantarkan Komen Anda di sini:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.