Sabtu, Disember 10, 2011

Hayati dan ambil iktibar dari Hijrah Rasulullah S.A.W

YB Datuk Haji Ustaz Mohd Suhaili Haji Said
Tungku : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Tungku YB Datuk Haji Ustaz Mohd Suhaili Haji Said berkata, hijrah Rasulullah SAW hendaklah dijadikan panduan dan iktibar bagi setiap umat Islam agar kita sentiasa berada dilandasan yang betul dalam kita menjalani kehidupan dalam menghadapi pelbagai rintangan dan amanah yang Allah swt turunkan bagi menguji umatnya, kata Suhaili ketika merasmikan Majlis sambutan Maal Hijrah peringkat daerah kecil Tungku baru-baru ini.

Suhaili yang baru tiba dari kota suci Mekah bagi menunaikan rukun Haji menambah, umat Islam hendaklah memperkuatkan dan mempereratkan hubungan silaturrahim dikalangan umat Islam agar memberi kekuatan ummah yang menjadi asas kepada perpaduan Islam.

Katanya lagi, sempena sambutan Maal Hijrah yang bertemakan ‘ Persefahaman Asas Perpaduan Ummah ’ menyeru agar memperkukuhkan perpaduan di kalangan umat Islam. Kerana jika umat Islam tidak bersatu, akan mudah pihak luar mengambil kesempatan untuk menjatuhkan dan mencemarkan imej Islam khususnya rakyat di Malaysia.

Kita lihat di Negara Asia Barat pada hari ini, pelbagai rusuhan yang didalangi oleh pihak luar menyebabkan Negara terlibat musnah dan ekonomi menjadi lumpuh. Mahukan kita seperti mereka ?. Suhaili menyeru rakyat di kawasan Tungku mengambil iktibar dan pengajaran agar perkara tersebut tidak terjadi di negara ini.

Ibrahim Haji Abd Hakim
Terdahulu Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Haji Abdul Hakim berkata dalam ucapannya, konsep hijrah harus menjadi sumber inspirasi kita berhijrah dari keadaan kurang baik kepada yang baik dan dari keadaan baik kepada yang lebih baik. Sudah pasti kita berhadapan dengan berbagai rintangan yang memerlukan keazaman kejujuran, kesusilaan, ketabahan dan keikhlasan kita di samping mengimbas kembali rekod prestasi perjalanan hidup kita di tahun-tahun yang lalu.

Ujarnya lagi, apa juga matlamat kita ia hendaklah menjurus kearah mempertingkatkan ibadah dan ketakwaan kita kepada Allah SWT, sesuai dengan tema ‘ Persefahaman Asas Perpaduan Ummah . Marilah kita bersatu padu jangan saling bermusuhan dan berdengkian sesama kita walau berbeza bangsa, agama dan kepercayaan.

Dalam majis tersebut, OKK Abdillah Hamzah Ketua Daerah Tungku telah dipilih menjadi Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011 yang dipilih oleh Ahli Jawatankuasa pemilihan Tokoh Maal Hijrah peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh Haji Gaspar bin Sari, Pengawai JHEAINS Lahad Datu.

Tahniah... Suhaili menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011 kepada OKK Abdillah sambil diperhatikan Oleh Pengerusi Induk sambutan En. Ibrahim Haji Abdul Hakim
Sementara itu, bagi pertandingan Sepanduk kategori jabatan/badan berkanun/sekolah dimenangi oleh Masjid Jamek Al-Ubadiah Desa Kencana dan bagi kategori kampung/lading/ surau disandang oleh Masjid Nurul Imam Kg. Mundas.

Bagi Anugerah Masjid Cemerlang kategori Felda, johan dimenangi oleh Masjid Jami Al-Ubudiyah Desa Kencana, dan ketegori kampung dimenangi oleh Masjid Nurul Hak, Kg. Tanjung Labian
Anugerah taman perkuburan kategori Felda di menangi oleh taman perkuburan Desa Kencana dan kategori kampung dimenangi oleh Taman Perkuburan Kg. Mundas.

Antara pemimpin tempatan yang hadir
Antara pengisian dalam majlis tersebut ialah ceramah agama yang disampaikan oleh ustaz Aziz Bungsu Pensyarah Kanan UITM Sabah.

Turut hadir pemimpin Kemajuan Rakyat Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai JHEAINS Lahad Datu Haji Gaspar Sari dan Pemaju Mukim Tungku Haji Kayum Haji Omar.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.