DatukSuhaili |
Biarpun sibuk dengan tuntutan tugas sebagai seorang wakil rakyat, Suhaili terpaksa membatalkan jemputan merasmikan salah satu acaranya agar rakyat tidak akan terkeliru dengan keluhan penduduk berkenaan yang juga turut tersiar dalam akhbar The Borneo Post baru-baru ini.
TURUN PADANG ... Suhaili (dua dari kanan) berbual sesuatu dengan Abdul Hadji sambil diperhatikan Datu Baniamin (dua dari kiri) semasa mengunjungi rumah peneroka tersebut |
Diiringi oleh Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Tungku, Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Kemajuan Masyarakat (PKM) Tungku, Kamaruddin Hamid dan Pemaju Mukim Silabukan, Abdul Hadji Asari, Suhaili sendiri bertandang ke rumah bagi menjelaskan keadaan sebenarnya.
Inilah rumah lama yang dikatakan dibina oleh Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) beberapa tahun dahulu kepada para peneroka sebelum kerajaan memperkenalkan konsep rumah RMR |
Konsep rumah RMR yang lebih selesa dan tenang untuk kepentingan rakyat |
Lebih malang lagi, peneroka berkenaan dikatakan meroboh sendiri rumahnya bagi memberi laluan kepada SPNB melaksanakan rumah RMR di tapak kediamannya di Rancangan Silabukan Peringkat 4.
Difahamkan bahawa pihak SPNB belum dapat membina rumah RMR untuk peneroka ini kononnya atas sebab-sebab tertentu.
Ekoran menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rumah RMR itu, peneroka berkenaan merayu melalui satu kenyataan akhbar sambil menuntut ke mana perginya Konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
D. Baniamin |
"Kita kesal dengan kenyataan akhbar yang dibuat oleh peneroka terbabit kononnya UPKR Tungku menjanjikan kepadanya untuk mendapatkan sebuah rumah menerusi program RMR. Saya nak tegaskan di sini bahawa UPKR hanya bertindak sebagai perantaraan di mana kami mengenal pasti rakyat yang betul-betul memerlukan bantuan, kita akan bantu untuk memberi keutamaan kepada mereka.
"Kita tidak pernah menjanjikan kepada rakyat untuk terus mendapat kelulusan sesuatu projek tetapi cuma bertindak sebagai perantaraan atau orang tengah bagi membantu rakyat supaya mendapat keutamaan kelak," kata Datu Baniamin kepada Utusan Borneo semasa ditemui dalam lawatan mengejut itu.
Menurutnya, program RMR pada asasnya adalah kendalian SPNB yang bertujuan bagi membantu masyarakat mampu memiliki rumah lebih selesa secara bayaran balik.
Seperti di Tungku, katanya, sebanyak lapan buah rumah RMR telahpun siap dibina iaitu lima di Rancangan Silabukan Peringkat 4 manakala tiga lagi di Taburi.
Sementara itu, katanya lagi, terdapat empat rumah RMR yang sudah diluluskan difahamkan belum dibina termasuklah rumah dijanjikan kepada peneroka terbabit.
"Untuk itu, saya telah mendapat arahan daripada Datuk Suhaili agar peneroka berkenaan diberikan keutamaan untuk Projek Perumahan Rakyat Termiskin atau PPRT memandangkan beliau seorang peneroka dan dikatakan mempunyai masalah kesihatan. Ini juga bagi membolehkan beliau tidak perlu membayar sewa lagi.
"Jadi, tidak timbul persoalan kononnya Datuk Suhaili gagal dihubungi sedangkan kita maklum peneroka berkenaan begitu kenal dengan Datuk Suhaili selain selalu bertegur sapa. Pada pandangan saya, keluhan peneroka ini menerusi kenyataan akhbar yang dibuatnya baru-baru ini hanya mengelirukan semua pihak," tambahnya.
Kamarudin Hamid |
Bagi Kamaruddin pula dia terkejut setelah terbaca kenyataan akhbar itu menyebut kononnya pegawai UPKR Tungku menjanjikan kepada peneroka tersebut untuk mendapatkan sebuah rumah RMR.
Beliau berkata, pegawai UPKR tidak pernah menjanjikan kepada seseorang melainkan hanya bertindak sebagai orang tengah sahaja bagi mendapatkan sokongan serta keutamaan sesuatu projek pembangunan untuk rakyat.
Katanya, Datuk Suhaili adalah seorang pemimpin yang sangat prihatin dan semenjak menjadi wakil rakyat banyak pembangunan yang dibawa masuk khususnya melibatkan perumahan mampu milik.
Abdul Hadji |
Abdul Hadji pula berpendapat bahawa keluhan yang dibuat peneroka terbabit tidak merujuk kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di perkampungan itu.
"Kalau dia rujuk terlebih dahulu, saya percaya masalah ini tidak akan berlaku. Tengoklah sekarang sehingga mewujudkan salah sangka," jelasnya.
Kata Abdul Hadji, sepatutnya beliau membuat rujukan memungkinkan masalah permohonannya boleh dijawab oleh pihak JKKK dan bukannya membuat kenyataan melulu di akhbar.
Bangsawan |
Pengerusi JKKK Rancangan Silabukan Peringkat 4 iaitu Bangsawan Sahaibul berharap pihak SPNB segera membina rumah RMR demi kepentingan rakyat.
Ini katanya, keluhan peneroka berkenaan dapat dijadikan sebagai ikhtibar bagi memastikan rakyat tidak akan menunggu lama untuk menduduki rumah tersebut.
"Saya tidak tahulah apa masalahnya... tapi kita berharap pembinaan rumah RMR ini dapat disegerakan," ujarnya.
0 Hantarkan Komen Anda di sini:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.