Tungku : Anggota Dewan Undangan Negeri ( Adun ) N49 Tungku, Datuk Mohd Suhaili Haji Said, berkata umat Islam perlu bersatu hati menyambut Maal Hijrah pada tahun ini dengan penuh keazaman, keimanan dan ketaqwaan.
Antara kontinjen sepamduk yang mengambil bahagian pada sambutan tersebut |
Berucap pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1432H/2010M peringkat Daerah Kecil Tungku kelmarin beliau berkata apabila umat Islam bersatu hati akan mengukuhkan lagi hubungan ikatan ukhuwah di kalangan mereka.
YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said |
Katanya juga semangat bersatu bukan sahaja mengukuhkan ukhuwah tetapi membawa perubahan positif dalam segala segi sekali gus tidak ketinggalan dengan arus peredaran zaman.
" Sempena Maal Hijrah pada tahun ini marilah kita sama-sama bersatu hati dan mengelak perpecahan kerana apabila kita bersatu seluruh ummah akan kuat dan lebih gemilang, " ujarnya.
Ibrahim Haji Abd Hakim |
Suhaili yang juga Presiden Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah ( MHEANS ) juga turut menceritakan sejarah Maal Hijrah yang merupakan sambutan tahun baru bagi kelender umat Islam iaitu peristiwa amat besar ke atas penghijrahan Rasulullah S.A.W bersama-sama para sahabat dari Kota Mekah ke Kota Madinah.
Persembahan Nasyid |
Menurutnya, penghijrahan ini memperlihatkan pengorbanan besar dilakukan oleh umat Islam pada ketika itu yang sanggup berpindah meninggalkan segala kehidupan di Kota Mekah termasuklah harta benda dan keluarga demi memperjuangkan agama Allah S.W.T.
Suhaili menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Mohd Syahir Ismail |
Peristiwa agung ini katanya telah terbinanya sebuah agama Islam yang maju dan harmoni sekali gus melahirkan ummah yang berazam, beriman dan bertaqwa.
Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Maal Hijrah peringkat Daerah berkenaan, Ibrahim Hj Abd Hakim dan pemimpin-pemimpin masyarakat sekitar daerah Tungku.
Suhaili menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada penerimanya Mohd Azlan sambil disaksikan Ibrahim |
Pada sambutan itu, Mohd Azlan Chan Abdullah diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1432H/2010H peringkat Daerah Kecil Tungku.
Sambutan turut diserikan pertandingan sepanduk, kontinjen teramai, anugerah masjid dan surau cemerlang dan anugerah pengurusan taman perkuburan dengan ketegori masing-masing.
Pensyarah Tamadun Islam dan Bahasa Arab dari Institut Pengurusan Maktab Gaya, Ustaz Mohd Syahir Ismail juga diundang khas untuk menyampaikan ceramah agama.
0 Hantarkan Komen Anda di sini:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.