Isnin, November 15, 2010

FELDA membawa manfaat kepada penduduk luar bandar

Felda Sahabat : Pembangunan yang mampan, jitu dan berkesan adalah salah satu agenda yang dibawa oleh FELDA bagi membasmi kemiskinan tegar di kawasan luar bandar.

Matlamat pengwujudan Felda adalah untuk membasmi kemiskinan penduduk di luar bandar disamping menambahkan pendapatan sampingan yang sudah tentu akan memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat keseluruhannya.

Antara pemimpin yang hadir pada program tersebut
Berucap ketika merasmikan Karnival Iktiraf ( Ikatan Hati Warga Felda ) YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili Haji Said (ADUN) Anggota Dewan Undangan Negeri N 49 Tungku merangkap Ahli Lembaga Pengarah Felda melahirkan rasa syukur atas usaha kerajaan mengwujudkan Felda yang kita lihat pada hari ini adalah lambang kejayaan kepada negara Malaysia.

Kehadiran dan sokongan belia-beliawanis amat menggalakkan bagi menjayakan program tersebut
Negara-negara luar turut memuji sistem yang digunapakai menguruskan Felda yang memberi kebaikan dan meningkatkan ekonomi negara ini.

Dalam masa yang sama, peneroka-peneroka yang telah mengusahakan tanah yang diberikan oleh pihak Felda melalui perjanjian yang dipersetujui bersama, adalah amat beruntung kerana pelbagai manfaat dan kemudahan yang diperolehi.

Oleh itu, beliau berharap agar peneroka-peneroka di Felda Sahabat mensyukuri segala nikmat yang telah dianugerakan selama ini, di mana tanpa wujudnya Felda di Sabah pada hari ini peneroka tidak akan dapat menikmati pembangunan yang dibawa oleh kerajaan melalui Felda, ujarnya lagi.

Matlamat program ini diwujudkan adalah untuk membentuk belia-beliawanis yang prihatin dan dinamik.


Persembahan Kebudayaan oleh belia-beliawanis Felda Sahabat
Program ini telah diadakan selama 3 hari di mana telah dianjurkan oleh Unit SERANTA ( FELDA ) Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Majlis Belia Felda Malaysia ( MBFM ) dan pengurusan Felda Wilayah Sahabat. Program ini telah diadakan di Felda Wilayah Sahabat .

Pelbagai program telah diaturkan seperti pertandingan Futsal dan Bola Jaring diantara belia-beliawanis Majlis Belia Felda di Sabah.

En. Noor Ehsanudin Haji Mohd Harun Narrashid
Pengarah Seranta Malaysia
Menurut Pengarah SERANTA Malaysia En. Noor Ehsanudin bin Haji Mohd Harun Narrashid, Felda diwujudkan adalah untuk membantu membangunkan ekonomi masyarakat luar bandar dengan menyediakan pelbagai peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat Felda.

Felda juga telah mendapat pengiktirafan daripada UNESCO apabila sistem pengurusan dan pentadbiran Felda adalah di antara yang terbaik di dunia. En. Noor Ehsanudin berharap agar ianya dapat dikekalkan bagi meneruskan sistem yang sedia ada dan mencapai tahap yang lebih cemerlang.

Sistem pengurusan dan pentadbiran Felda ditahap yang terbaik disebabkan oleh petugas-petugas dan semua yang terlibat dalam mengwujudkan perpaduan yang baik dan sudah tentu tanpa perpaduan maka tidak akan wujud Felda seperti pada hari ini.

Beliau berharap agar semua petugas dan peneroka dapat mengekalkan keharmonian yang wujud dan seterusnya bersatu meningkatkan ekonomi.

Haji Juany Haji Salleh
Sementera itu, Pengurus Besar Wilayah Sahabat, Haji Juany bin Haji Salleh berkata, program ini amat berjaya kerana dapat mengabungkan belia-beliawanis dalam memupuk perpaduan yang erat.

Belia-beliawanis adalah pewaris kepimpinan pada masa hadapan. Jika kita tidak membentuk dan memperkasa belia-beliawanis pada hari ini, maka akan timbul pelbagai masalah kepimpinan di masa hadapan.

Jesteru itu, Haji Juany berharap pergunakanlah dan manfaatkanlah setiap program dan aktiviti yang dianjurkan oleh Felda agar ianya dapat menambahkan lagi pengetahuan dan pengalaman kepada belia-beliawanis.

YB Datuk Ustaz Mohd Suhaili menandatangani kain rentang menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia
Datu' Seri Najib Tun Abd Razak semasa merasmikan program tersebut
Turut hadir pada program tersebut ialah Mohd Fadzil Mohd Ali Pengarah Seranta Sabah, Pengarah Executive Felda Plantitions Sow Kim Yaw, Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamluddin, Timbalan Pengerusi JKKKR Sabah En. Abu Haris Maihuddin dan Pengurus-Pengurus rancangan Felda Sahabat.

0 Hantarkan Komen Anda di sini:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.