ADUN N49 Tungku, Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said berkata pelajar perlu ingat pepatah mengatakan bahawa " yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan terbang melayang ".
Jesturu, tegasnya, semangat sentiasa berusaha perlu ditanam pada diri kerana kejayaan hari esok akan dirasai oleh mereka yang bersusah payah sekarang.
YB Datuk Suhaili melancarkan Laman Web SMK Silabukan |
Menurut beliau, kecemerlangan akademik mencerminkan seseorang pelajar yang dinamik dan berkasrima dari segi jati diri.
Beliau berkata pelajar berkenaan bukan sahaja menjadi harapan keluarganya tetapi turut menyumbang kepada bangsa , agama dan negara.
Apatah lagi, katanya, wawasan 2020 memerlukan masyarakat berilmu pengetahuan dalam segala aspek dan tentunya negara amat memerlukan masyarakat yang berintelek.
Menyampaikan Laptop kepada pelajar PMR yang cemerlang |
Lantaran itu, dia menasihati para pelajar supaya tidak membuang masa seperti suka melepak di sana-sini sebaliknya memberi tumpuan pada pembelajaran.
Ini tegasnya, dikhuatiri pelajar yang lalai dengan pembelajaran sehingga sanggup melakukan perkara membuang masa akibat terpengaruh dengan rakan mereka akan terjerumus kekancah tidak sihat.
" Oleh itu, ibu bapa hendaklah mengawasi pergerakan anak-anak pada setiap masa. Kalau kita tidak buat begini maka tentulah kita tidak tahu ke mana tujuan atau pergerakan anak-anak ".
" Ini kerana, masa hadapan seseorang anak itu akan gelap andaikata ibubapa lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai orang tua. "
" Seperti program seperti ini, kita semua berbangga apabila kejayaan pelajar di SMK Silabukan turut dikongsi bersama ibubapa mereka ", katanya.
Suhaili yang juga Presiden Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah, mahu persatuan Ibu bapa dan Guru ( PIBG ) serta pihak sekolah berganding bahu menjalankan pelbagai aktiviti.
Katanya, aktiviti ko- kurikulum telah banyak membantu kedua-dua pihak dalam melahirkan pelajar yang cemerlang iaitu bukan sahaja dari segi aspek pembelajaran bahkan juga kesukanan.
" Kerana aktiviti ko-kurikulum di sekolah bukan sahaja melahirkan seseorang pelajar yang baik dan cemerlang dalam bidang sukan malahan mampu berdikari menjadi insan yang berguna pada bangsa, agama dan negara ", ujarnya.
Hadir sama Pegetua SMK Silabukan, Norsiah Barne, Yang di Pertua PIBG SMK Silabukan, Abd Hadji Asari dan guru-guru serta ibubapa pelajar.
0 Hantarkan Komen Anda di sini:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.