Pegawai Daerah L/datu mempengerusikan Mesyuarat |
Mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan mengenai pelaksanaan Pekan Baru Tungku. Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah YB Mejar (K) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said ADUN N49 Tungku, En. Ahmad Shah Mohd Yacob Pengurus Operasi LPPB Sabah, wakil Perkasa Realty Sdn Bhd En. Yusuf Siangah, Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Abd Hakim, pegawai JASA Parlimen Silam En. Mohd Saleh Asah dan Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid.
Pelan Pekan Tungku |
Tambahnya lagi, sekarang ini pekan Tungku terhimpit dengan arus pembangunan kedua-dua bandar yang pesat membangun. Oleh yang demikian, dengan pelaksanaan segera pembangunan Pekan Baru Tungku, maka ianya akan dapat menyaingi pembangunan pesat kedua-dua bandar tersebut serta pertambahan penduduk dimasa akan datang.
Pelbagai bentuk pembangunan dapat dilaksanakan sekiranya kewujudan pekan, dan ini akan dapat menarik pelabur-pelabur dari luar untuk datang ke daerah Tungku yang sememangnya terkenal sebagai pusat pelancongan di pantai timur negeri Sabah, ujarnya lagi.
0 Hantarkan Komen Anda di sini:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.