Datu Baniamin menyerahkan bantuan berupa barang makanan kepada salah seorang warga tua, sambil diperhatikan oleh Pegawai Zon Yayasan Sabah Pantai Timur En. Ariffin Mohd Nor.
Program Pembangunan Sosio Budaya dan majlis berbuka puasa yang diadakan di Surau Al-Jannah, Kg. Mambatu, Tungku telah diilhamkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah, Zon Pantai Timur di seluruh kawasan negeri Sabah. Pegawai Zon Yayasan Sabah Pantai Timur En. Ariffin Mohd Nor berkata, majlis ini amat bermakna kerana inilah peluang untuk Yayasan Sabah memberikan sumbangan kepada warga tua, ibu tunggal dan anak yatim. Disamping itu, program ini juga mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pemimpin tempatan bagi bersama-sama mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat keseluruhannya.
Ini adalah dasar dan gagasan yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datu' Seri Najib Tun Abd Razak, iaitu 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan. Perancangan di peringkat atasan akan dilaksanakan bagi memberi kesan dan manfaat yang baik hingga ke akar umbi, ujarnya lagi semasa majlis penyampaian bantuan kepada orang-orang warga tua, ibu tunggal dan anak yatim di Surau Al- Zannah, Kg. Mambatu, Tungku. Majlis tersebut bermula pada jam 5.00 petang yang dihadiri oleh Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku, Datu Baniamin Bin Datu Jamaluddin, Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku, En. Kamarudin Hj. Hamid, Pemaju Mukim Silabukan dan Tambisan, Ketua Kampung Mambatu, En. Hussin Umar, Pengerusi JKKK Kg. Mambatu, Puan Amsina Bte Abg Yagid.
Dalam pada itu, seramai 25 orang penerima bantuan berupa barangan keperluan harian. Ianya di pecahkan kepada 3 ketegori iaitu ibu tunggal, anak yatim dan warga tua. Menurut pengerusi surau Al-Jannah, Kg. Mambatu, Tungku, En. Mohd Rigal Mubin, penduduk kampung Mambatu amat bersyukur kepada pihak-pihak tertentu memberi bantuan kepada warga-warga tua, anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal, terutamanya majlis pada hari ini. Beliau yang mewakili penduduk kampung Mambatu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pantai Timur kerana menjadikan surau Al-Jannah sebagai tempat dan tuan rumah untuk menyampaikan bantuan dan seterusnya bermanfaat kepada penduduk kg. Mambatu. Beliau berharap agar, program seumpama ini, dapat diteruskan lagi, agar penduduk-penduduk yang tidak berkemampuan dapat dibantu dan seterusnya mendapat pembelaan daripada kerajaan.
0 Hantarkan Komen Anda di sini:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.